Tuesday 13 March 2012

prosedur nikah

ok..bab prosedur ni selalu mengelirukan saya walaupun sudah ada 2 orang kakak yg dah berkahwin..tambahan pula Jais dah meningkat maju mengikuti peredaran zaman..tak perlu menggunakan borang..hanya on9 sahaja di lawan web Jais.
tapi masa nak isi on9..tetiba sistem corrupt plak..call Jais untuk pengesahan..
Jais memberikan kebenaran untuk menggunakan borang..alhamdulillah..kerja senang dari kena isi on9..
panduan mengisi borang boleh refer di bawah ini...

amik step-step dekat Rai..thank for sharing


  1. Dapatkan borang PERMOHONAN KAHWIN BAGI PEREMPUAN 2C.
  2. Isi mana yang korang sepatutnya isi.
  3. Wali wajib isi borang 2D.
  4. Semua borang hendaklah di sertakan dengan salinan
    a) IC pengantin perempuan, wali, 2 saksi
    b) Sijil Kursus Perkahwinan
    c) Surat Ujian HIV
    d) Borang asal lengkap yang sudah di sahkan dari pihak lelaki
  5. Dah complete, pergi bawak borang tu semua ke pejabat kadi daerah masing-masing bersama-sama dengan Wali, dan 2 orang saksi
  6. Qariah akan cop dan sah kan
  7. Bawak borang tadi ke JAIS daerah masing-masing 
  8. Lepas dah dapat segala kebenaran dari pihak JAIS, borang tadi kena hantar balik ke Qariah dan Qariah akan simpan sampai masa nikah.


ok pasal saksi pula..ada yang menyatakan bahawa perlu membawa mereka di depan pendaftar atau kadi untuk melengkapkan borang tersebut (tandatangan) 
ada juga yang tidak perlu bawa saksi bersama..macam situasi saya..ayah saya sendiri telah mengajak untuk berjumpa dengan imam kariah masjid untuk pengesahan..berikut adalah apa yang di katakan beliau

saya: siapakah yg boleh di jadikan saksi? dan perlu ke saya bawa mereka untuk pengesahan borang?
imam: sesiapa saja boleh menjadi saksi..asalkan beliau beragama islam dan akil baligh..sememangnya perlu untuk membawa saksi sekali semasa pemperosesan borang..
saya: kalau saya menggunakan abang ipar sebagai saksi..perlu la saya bawa mereka kemari?
imam: ya, perlu.

alamak..susah la kalau nak bawak abang ipar..mereka selalu sibuk dengan hal masing-masing.

abah: jikalau macam tu..kami ingin menjadikan beliau dan beliau (ahli masjid) sebagai saksi.
imam: jikalau mereka yang jadi saksi kamu..tak pe..masa pemprosesan borang nanti tidak perlu bawa mereka..sebab saya dah kenal..

ehh macam tu pula..tak pe la alhamdulilallah senang kerja saya nanti.. hanya ambil keterangan mereka berserta salinan ic..saya dan abah bersetuju dan menurunkan tandatangan di hadapan imam..borang saya dah lengkap..cuma HIV saja yang belum buat dengan ambil keterangan saksi..ohh tidak lupa juga borang belah lelaki yang telah diluluskan..

semoga segala urusan selepas ini akan di permudah oleh Nya..
amin~


0 kata coretan:

Post a Comment