Monday 13 August 2012

punca perubahan suhu badan

dah lama jugak tak post pape entry kat blog nih..rasa nyer banyak jer story yang nak di kongsi..
tapi tah macam mana tajuk ini yang di post..tak kisah la kan..
kenapa tetiba tajuk ni yang jadi pilihan???
sebab ia berlaku pada diri sendiri..huhu

dari awal puasa dah kena..pertengahan dah ok sikit..tapi di akhir ramadhan ini pun berlaku lagi (sekarang)..cuba tengok previous post..ada kisah nyer..
sebab apa ini terjadi yer..??
perkara ini sering menjadi persoalan...
jom kita google...

antara yang aku jumpa selepas geledah punya geledah
.
.
.

info dari baby center

simtom kehamilan..

Demam 
Jika suhu anda melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama. 

Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi dalam kandungan.
.
.
.
.
dan lagi

info dari fajridil


Tanda dan Gejala kencing kotor

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.



ini antara sumber yang aku google..kalau mengandung tu..memang la harapan setiap orang yang telah berkahwin macam aku..kalau kencing kotor tu..aku rasa ye jugak..tapi aku dah makan semua ubat yang di berikan doctor (URAL+antibiotik)..tak kan tak elok lagi..maybe sekarang bulan puasa tu yang susah nak minum air yang banyak di waktu siang..apa pun aku berserah semua kepada Tuhan..Dia lebih mengetahui dalam setiap apa yang terjadi..




0 kata coretan:

Post a Comment