Monday 15 October 2012

kisah movie

rasanya belum pernah aku tulis mengenai movie kat blog nih..
oleh itu aku nak ambil kesempatan ini untuk kongsikan mengenai cerita berikut

AKU TERIMA NIKAHNYA



sesiapa yang belum berkesempatan untuk menontonnya anda di galakan untuk segera pergi tengok..
serius tak rugi..
sejak dah kahwin ni aku boleh menjiwai watak si NoraDanish tu..(comel giler kot dia nih)
sungguh besar dugaan yang di alami dan sungguh besar tahap kesabaran beliau untuk tempuhi segalanya..
tak kira apa jua dugaan yang menimpa..aku berharap semoga aku juga akan dapat kekuatan seperti itu untuk kebahagian aku serta suami..

ok ni dah lari tajuk sikit..sambung cerita pula..
.
.
.

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.


ok..oppp..opp..selebihnya kena tengok sendiri la eh..baru feeling..hehe
enjoy~

2 comments: