Monday, 18 February 2013

kategori mengharap

siapa yang tak cemburu?? kalau..

tiap-tiap hari tengok fb or tweeter kekangkawan post gambar anak mereka yang comel-comel tu

tengok instagram kengkawan post gambar 3D scan, baju baby, baby mandi, baby buat mimik innocent face tu

terasa hati wehh..tipu la kalau tak!!
ye...memang bukan rezeki aku lagi..tapi kekadang perasaan susah nak di kawal

betapa besar nyer dapat manfaat untuk jadi seorang ibu

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para Malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.


Apabila seseorang perempuan mula sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala yang berjihad pada jalan Allah SWT.


Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya yang melahirkan.


Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT mmberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



teruja sangat dapat tengok diorang semua dapat kurniaan yang amat ternilai ni kat mereka..tiada sedikit pun terasa iri hati..cuma rezeki belum menyebelahi diri ni..
aku Redha~

ada segelintir orang menyatakan bahawa untungnya diri yang belum sempurna ini..
Kami mohon jangan lah terlalu membandingkan anugerah yang kamu perolehi dengan kami yang belum memilik apa-apa..kami masih belum berpeluang untuk itu..Jadi, kami mohon, usah dibandingkan lagi.. Sememangnya ianya tak sama dengan memiliki rumah sendiri, keseronokan pergi bercuti, dan segala keseronokan yang ada dimuka bumi ini.

Kami bukanlah mohon untuk dijaga hati kami setiap masa.. kami bukan minta semua menjaga tutur kata.. tapi cukuplah sekadar memahami bahawa setiap yang berlaku itu adalah ketentuan daripada Allah.. siapalah kita untuk menidakkan ketentuan Allah? siapalah kita untuk bertanyakan bila rezeki anak itu akan dimiliki? siapalah kita untuk menolak ujian daripada Allah? *petikan dari kami yang berhati walang


2 comments:

  1. Assalamualaikum....salam perkenalan dari mama...moga kita sntiasa diberi kekuatan dan kesabaran dlm menjalani penantian ini....dan InsyaAllah ...pasti ada hikmah dan rahmah dlm ujian Allah utk kita ni...

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam..terima kasih atas keprihatinan mama..insyaAllah akan berusaha lagi dan menunggu kajaiban kuasa Tuhan..

    ReplyDelete