Friday 26 December 2014

travel bersama pototravel


hai semua..salam bertemu kembali...

sorry la amik masa nak post pasal pergi bercuti ni..nak rehatkan otak dulu sebab balik cuti kerja menimbun..hahaha biasa la tu kan.. ok jom kita start

ini cerita bukan tajaan ya hahahaha..kali ni kami pergi geng ladies je..abah..suami..abang ipar..pakcik semua kena tinggal..(diorang yang tak nak ikut ya)
kami semua pergi under Poto Travel..harga promosi sekian..sekian..sekian..(for info visit their website)




penginapan kami telah disediakan..hotelnya berada berdekatan dengan pasar Ben That..
keluar pintu bahagian belakang pasar (kalau depan menghadap jalan besar ada round about)..jalan terus dah jumpa.. hotel dia memang selesa dan puas hati..
lepas landing dan check in hotel kami terus pergi shopping..dekat jer..jalan kaki lintas jalan 2 kali dah sampai..ada la dalam 200 meter..


sakan kau tengok mak-mak bershopping..den tompang menyelit jer hahaha..
masa ni la korang boleh minta tawar kaw-kaw punya..tapi depends on owner kedai la..kalau hati batu memang tak dapat jugak..

selagi kedai belum tutup..selagi tu la kita akan menapak pergi situ..malam plak kita akan pergi pasar malam dia..keliling pasar  Ben Thant tu juga,,tapi perlu lebih berhati-hati kerana dekat pasar tu ramai sangat gangguan dia..mereka akan sentiasa ikut kita..rimas!!


ini adalah salah satu kedai wajid pergi sebab boleh kira puas hati jugak la..owner dia pun ramah je..
harga berpatutan contoh: baru kurung cotton dah siap jahit manik baru RM45..jubah RM50 dan sebagainya..kedai ni ada 3 cawangan semua dekat-dekat area ben thant tu..


hari ke dua kami dibawa ke Cu Chi Tunnel tapi sebutan orang sana 'GU' Chi tunnel..
dalam perjalanan kita akan nampak permandangan sawah padi..keluasan dia memang cukup untuk tampung 1 vietnam punya bekalan..akan tetapi di tengah-tengah sawah akan ada "kubur"..pelikkan..tapi ada la kot adat resam or kepercayaan orang sana..
Cu Chi tunnel ni seronok tempatnya..betapa hebatnya mereka dulu gali tanah untuk buat terowong..siapa yang nak merasa masuk ke terowong tersebut anda patut cuba...jika lemah semangat anda dengar je la cerita orang bagaimana perasaan masuk dalam tu..best tapi takut gak..


hari ketiga kami dibawa ke mekong..perjalanan dari Ben Thant ke mekong selama 1 setengah atau 2 jam..ikut jalan highway so tak sesak sangat...
mula-mula kami pergi ke pulau dulu melihat orang kampung buat gula kelapa, minum air madu dan merasa buah-buahan..minum air madu tu memang sedap..unik..sedap la sebab ada letak limau sekali bagi rasa masam-masam manis..kat sini juga ada jual beg kulit..tapi berhati-hati ya..kena tanya dulu bahan campuran dia..
sambil makan buah pula..kita akan dihiburkan dengan nyanyi lagu tradisi mereka..walaupun tak faham tapi seronok..


sampai dihujung kampung kita naik sampan untuk ke jeti..sesampai dijeti dihidangkan pula air kelapa...ahhhh sedapnya..lega~

 dah penat kesana kemari..kita cerita bab makan pula..
siapa yang pergi under agency korang tak payah risau..semua sudah disediakan..
sepanjang berada kat sana..makan semua tip top..puas hati..sedap..perrghhhh licin pinggan
and for sure dijamin halal!

korang cari la senarai nama restoran ini ya

*Satay House (masuk jalan-jalan cari makan)
*Serai (ikut pintu belakang Ben Thant menghala ke hotel kami)
*Halia (berhadapan dengan restoran serai)
*D'Nyonya (tak ingat kedai dia kat mana tapi sebelah masjid)





kalau makan guna duit sendiri memang tak cukup duit shopping..sebab ramai orang kata makanan sana mahal..tapi memang pun..mak aku beli teh segelas harga RM8!! ada geng kami makan roti canai laki bini kena RM19!! fuuuhhhh~

sepanjang berada di sini aku cuma rasa kecewa sikit sebab tak dapat pergi Saigon Square dengan Taka Plaza..ini kerana jadual telah bertukar di saat akhir...tapi mana tahu kalau lepas ni ada rezeki lagi..memang tempat yang tak pernah pergi la kita terjah dulu hehehe...ini kali pertama..bagi kenal kawasan persekitaran..mana tahu nanti boleh pergi sendiri kan..


dah seronok sakan..jom kita balik..alhamdulillah semua berjalan lancar..kastam semua ok..

till we meet again...bye~

2 comments:

  1. wahhh seronoknyaaa.. bilalah nak sampai ke vietnam ni.. hehehe.. teringin

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok..terasa nak pergi lagi..jom kumpul duit :)

      Delete