Friday 12 July 2013

buku

jalan-jalan di MPH..ingat nak beli buku resipi
tapi ternampak buku ni..dan menarik minat untuk beli


Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap tak tentu arah yang ada dalam diri ni? Ketika aku berdepan dengan sesuatu perkara, aku mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya aku tewas juga.

Kesabaran diri ini hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun aku cuba mengelak dengan beristigfar tapi aku gagal mengawal perasaan diri..

walaupun sifat diri ini semula jadi..namun buku ini banyak menerangkan cara kita untuk menghindari semua itu..tak rugi beli..terlalu banyak kisah yang di ceritakan..semoga aku dapat ambil iktibar dari semua yang terjadi..terlalu jahil diri ini..Semoga aku akan menjadikan seorang insan yang tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. insyaAllah

Wednesday 10 July 2013

ucapan


selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat

Tuesday 9 July 2013

fakta @ mitos

mungkin ni penulisan terpanjang aku
tapi jangan amik serius
ini sekadar luahan hati je..kalau rasa menyampah jangan baca..

dulu aku fikir semua ni mengarut giler
tapi macam dah terkena kat diri sendiri
nak percaya..syirik plak..
tengok je la perjalan nasib ni macam mana

seperti yang ketahui umum
dulu aku dengan adik yang paling rapat kawen serentak
sanding sama hari je la (jimat duit mamat tu)
dia nikah seminggu sebelum aku..
nak di jadikan cerita......................................................
(geram+benci+caci maki)
bini dia kali ni dah bunting 2 kali..2 kali tahu tak..yang pertama keguguran atas sebab tak boleh nak di elakkan..kali ni lagi sekali dia pregnant...
ko tau tak apa yang aku rasa...rasa la sekali..cakap senang la..(ni dah tahap marah ni)
tak pasal2 laki aku kena tempias nyer..kesian tau tak kat dia..

dulu masa kakak nak kawen serentak mak marah atas sebab yang lain tapi bukan yang macam ni la..kata nyer kalau kawen serentak salah satu pasangan tak kekal lama..so mereka kata nonsense la...
tu ko tak rasa..boleh la cakap macam tu..dah jadi macam ni nak kata apa pula..

ya..ya..memang kuasa dan rezeki datang dari Tuhan..tapi ko sanggup ke bila terasa macam ni..kalau dengan kawan aku tak kisah sangat..ni adik beradik tau tak..
cuba pakai kasut aku letak pada diri aku ni..paham..paham je la..dugaan dan ujian ada yang kita boleh terima..tapi yang ni sampai bila...habaq kat aku mai sini..

mungkin aku lemah nak mengharungi semua..bukan tak bersyukur apa yang tuhan dah bagi tapi perasaan tu kadang-kadang aku gagal nak kawal..nak mengadu kat suami..dia turut terima tempias..bukan sengaja pun tapi rasa macam nak dia merasa yang sama seperti aku..tak kesian ke kalau macam tu..konon nak cari penenang..tapi yang kecil akan di perbesarkan..

ada ketika nyer pula..aku sengaja nak lari dari jumpa dengan mak sendiri..aku tahu..dia mesti nak cerita pasal berita yang buat dia gembira tu..tapi sumpah aku tak nak amik tahu walaupun dah tahu!!!..

siapa yang harus aku persalahkan..adakah diri aku sendiri??? ya dulu aku ada cakap nak anak tunggu la dulu rumah tu siap..kot-kot senang nanti larat sikit nak buat persediaan..ko tengok la..sampai sekarang rumah baru nak siap..kalau tak aku da ada sorang budak kecik da..nak salahkan rumah plak ker..kalau salahkan rumah..nak aje aku BOM rumah tu..

aku lemah..aku gagal..aku tak kuat..tak de siapa yang boleh di kongsi kan..tapi terima kasih pada rakan baik ku yang sedia menadah telinga..kebas jari nak taip mesej dengar luahan aku..sorry kalau buat ko rasa annoying sangat dengan aku nih..tapi sumpah..tak de siapa aku rasa nak mengadu selain cari ko..terima kasih banyak-banyak

maafkan hambaMu ini yaAllah..maafkan aku..aku cuma ingin tahu apakah hikmah di sebalik apa yang Kau berikan pada diri ku ini..jika ada rezeki bagi ku..Kau kurniakan lah pada ku..Jika itu bukan untuk ku..Kau kuatkanlah hati ku ini untuk terima Dugaan Mu..(menitis)

kalau aku lemah..aku nak naikan semangat balik..mengadu kat kamu..bolehkah kamu buat begitu???
maafkan aku untuk coretan kosong ini..aku hanya meluahkan apa yang tersirat selama ni..noktah

*cerita ini bukan sekadar aku saja..ada lagi orang yang sama nasib dengan aku..untungnyer nasib jadi adik nih!!!

Tuesday 2 July 2013

cemburu

sumpah aku terasa
walau siapa pun dia