Thursday, 22 January 2015

kontraktor penipu


kepada penduduk di sekitar dengkil..kota warisan..salak tinggi dan nilai
jika anda ingin buat ubah suai rumah..janganlah panggil kontraktor ini
buat kerja tak ikhlas!!
walaupun tak banyak mana yang aku buat..tapi terasa jugak la bila dah terobek mata ni melihatnya..sakit hati tak yah cakap la..lepas 1 1 nak kena repair sendiri..
belum sampai setahun lagi weh dah macam-macam nak kena ganti..
call..call..bukan main busy memanjang..banyak projek katanya..

bukan nak tutup periuk nasi orang..tapi nak bagi kesedaran sikit..awak tu nak cari rezeki..buat la ikhlas sikit baru boleh kembangkan perniagaan awak tu..maaflah pada siapa yang aku dah rekemenkan saudara ini..

sekian..

Monday, 5 January 2015

pengalaman bersalin a.k.a GUGUR!

pelikkan tajuk dia..lama jugak amik tempoh bertenang untuk update blog ni..
tajuk ni...
dapat kekuatan nak update blog ni pun sebab baca pengalaman orang..dan hati tersentuh untuk share sekali..

sebelum ni ada keluarkan cerita mnegenai "arjuna bonda" kisah aku kehilangan dia..
kali ni nak buat cerita penuh macam mana aku kehilangan si dia sewaktu kandungan 20 minggu
.
.
.
.
kisah bermula hari sabtu 19 april 2014 ada kenduri sepupu suami dekat ipoh..masa perjalanan tak rasa pape pun..berhenti dekat RnR rawang pergi 'cici' nampak bleeding..cakap kat suami..suami ajak balik tak yah pergi kenduri..tapi takut denga si ehem...ehem..aku cakap takpe la..aku ok jer...so kami pun teruskan perjalanan..

sampai ipoh stay dekat rumah singgahan rombongan aku 'cici' lagi..suami tanya ok tak..aku cakap ok je takde pape..so tak risau la

dah habis aturcara segala bagai..aku decide nak balik..sebab yang lain banyak plak tempat nak menyinggah..masa balik tu singgah la RnR tapah untuk solat...haaaaaa part ni dah klimaks..
sebelum solat aku nak tukar panty liner dengan 'cici'..masa ni memang seriau giler..dah habis 'cici' aku nak cuci ada keluar lendir-lendir merah..aku tengok la kat tuuuttttt....ada macam belon keluar..aku dengan selambanyer jolok masuk dalam balik..lepas tu dah tak sedap hati...dah berpeluh..
pikir suami tengah solat..aku duduk je dalam toilet kepit kaki..orang lalu lalang tak tau la pikir apa kan..tengok jam dah sepuluh minit macam tu aku keluar cari suami..
tengok si suami duduk kat tembok katanya bapak mertua ajak minum..aku cakap kat suami jom kita balik...KITA BALIK!!!
suami pun heran..pastu suami kata nak jambu tak? sebab before tu aku kata nak jambu..aku kata jom balik!!!!

masa dah dalam kereta tu bapak mertua call tanya kat mana..aku suh suami aku tipu kata ada urusan lain..padahal dalam kereta dah nagis sakan..bila tenang sikit cerita la kat suami..suami terus speed laju..aku cakap tak yah la laju sangat nanti kita plak tah kemana..

sampai je kat sini terus pergi klinik tapi buku pink tak bawak..just refer doktor..cerita punya cerita dia tak paham..dia scan nampak kabur..pastu masukkan mulut itik tu tengok dari bawah..doktor kata tak nampak apa pun..so dia suh refer hospital...suami tunggu surat aku menangis sakan lagi dalam kereta..

balik rumah mandi lelaju..solat..pastu terpikir nak bawak beg spare in case kena tahan hospital..sampai hospital biasa la nak tunggu giliran sikit punya lama kat emergency tu..dari pukul 7 sampai 10 kot baru dia panggil..check untuk peringkat pertama biasa je just nak tahu demam ke tak..lepas tu masuk bilik doktor...dia scan katanyer baby ok jer..cuma air ketuban tak banyak..masa tu dah rasa syukur alhamdulillah..anak aku selamat..doktor just cakap air kencing kotor je...fuuuhhhh selamat..

selamat amenda nyer..tetiba doktor panggil suruh pergi O&G..dekat O&G la terbongkar semua masalah..doktor kat situ selup bawah tetiba keluar tali pusat....apa.............TALI PUSAT!!!!
*menangis lagi

doktor panggil suami..suami tak boleh cover muka nak nagis..aku suh panggil mak..mak cakap kat doktor suruh masukkan balik tali pusat tu..doktor pun buat la..punya la senak dia selup tu..tapi malangnya dia keluar balik..doktor kata rahim dah buka 2 cm..memang disarankan untuk keluarkan bayi itu..kalau tidak kami berdua akan dapat infection..aku redha..terpaksa redha..

malam tu kena tahan wad..belum pernah selama ni aku kena tidur wad..seorang plak tu huhuhu sebelum tu suami bagi makan dulu..dalam hati takde selera tapi memikirkan dia pun tak makan lagi aku pun makan la bersama dengan dia..sambil makan dua-dua tahan air mata..kalau suami lemah aku lagi lemah..malam tu dengar baby nagis rasa sayu je..nurse datang check heart beat baby masih ada lagi..lagi sedih.............................

esoknya 20 april 2014..dapat jugak la merasa breakfast yang sedap..kuew teow goreng..belum habis makan diorang dah tolak pergi labour room..masa ni kedua belah tangan dah kena cucuk masuk ubat-ubatan (induce) 

doktor jalankan soal siasat...
ada jatuh ke? ada rasa sakit contraction ke? ada buat kerja berat ke? ada rasa air ketuban ke?
semua aku jawab tak de..manalah aku tahu sakit contraction tu macam mana..kerja sapu sampah pun dah dikatakan berat..tapi masak memang selalu la sebab pergi kerja bawak bekal sendiri..tak sangka air ketuban dah boleh pecah..doktor assume air ketuban keluar masa cici kot..


suami tanya jugak doktor / nurse berapa lama nak tunggu..diorang kata 10 cm..terbeliak mata aku..baby bukan besar sangat pun..datang doktor pakar suami kata boleh tunggu tak sebab nurse tak bagi..nasib baik doktor tu lawan procedure yang nurse bagitahu tu...dapat jugak la suami temankan saat aku menahan sakit..dari jam 9 pagi sampai 1.15 petang baru la baby keluar dan tepat masa tu azan zohor..syukur alhamdulillah..baby boy...tapi aku tak tengok pun baby tu sebab menagis sakan lagi...just nampak tali pusat yang panjang..doktor suruh suami ambil gambar kot bebila nanti aku ada kekuatan nak tengok anak sendiri..tapi tak lama pun..lepas masuk wad tu kakak bagi handphone sebab katanya suami pergi uruskan kebumi jenazah (serius sebak sekarang ni) masa tu nak whatsapp suami suruh amik bantal dalam kereta sebab tangan dah kebas..

bukak je whatsapp dah nampak gambar baby tu..menangis sakan la..kakak terkejut tanya kenapa..kakak rampas telefon katanyer jangan la tengok..tapi nak buat macam mana dah ternampak..rupanyer handphone suami bateri habis takde charger kat rumah mak dia..so dia capture guna handphone kita la..dah reda sikit kakak bagi balik handphone tu..bosan-bosan bukak la instagram..menangis lagi..sebab nampak kakak lagi sorang post gambar kubur....Ya Allah kuatkan lah semangat aku ketika ni dan ketika aku teringat kembali..


bila difikirkan balik sebelum kejadian tu berlaku aku ada rasa krem kedua belah kaki seretak masa tidur (krem macam urat kena tarik kat betis)
selalu kena sebelah je..sakit ya amat..lepas tu pergi office macam biasala..balik office suami dah tengok jalan tah macam zombi agaknya..katanyer biar dia urut..time urut malam tu dia kata seluar basah..agaknya time tu la kot air ketuban keluar..kita manalah nak tau air ketuban dah ada..rasa bersalah pada diri tuhan je la yang tahu rasa nak tikam pun ada..MashaAllah...maafkan bonda wahai anak

maka dengan ini secara tidak rasmi aku sepatutnya dah menjadi seorang bonda..
tanggal 20 /04/2014 lahirlah dan perginya seorang insan bergelar anak..
jangan lihat aku kuat pada luaran..dalam hati siapa yang tahu

sekian