Tuesday, 10 December 2013

al kisah si rumput hijau

kali ni main google cari pasal rumput tapi ramai orang pilih pergi sungai buloh
jauh sangat la kan..
tapi yang ni beza sikit.. kawan office yang suruh pergi tempat ini Kampung Gebok
sekarang aku recommend pada semua
kampung ni area Mantin..kalau jumpa signboard ni masuk la ikut simpang situ..confirm tak sesat!!
1st time kami pergi sesat barat nak cari..semua simpang kami masuk..tanya kat kedai mereka tak tahu..dah masuk simpang ni baru la ada orang yang guide jalan



harga? bagi aku best price la..

sekaki = RM1.20
lepas nego = RM1.00

tada...ni lah ladang ternakan rumput hahaha....


kawasan dia sangat luas..lembu pun boleh main lari berkejaran
dekat sini ada jenis japan and filiphine
pilih je la mana berkenan..


kesan yang kami beli masa awal-awal dulu pun masih ada lagi
dan kawasan itu makin luas..maknanya ada orang beli jugak kat sini
kali ni kami beli lagi..tengok orang tu tengah potong..


'sekaki' dia lagi besar dari 'sekaki' yang jual kat kedai



nak tanya muat ke kereta eh?
hahaha masa 1st time beli naik viva je..
kali ni naik myvi..memang penuh la kan

(gambar masa mula beli dulu)

masa 1st time beli...sesaje je gatal tangan..sebab dah sesat nak ubatkan hati..somi pun beli la..tu dapat tanam separauh je..
pastu baru sambung yang lain
inilah hasilnyer..yang hujung tu dah bercantum dah
kali ni tanam jarak sikit sebab tak cukup..hehe


yang ni pula adalah tambahan..baru beli semalam..sebab kat situ ada letak paip..so tak nak bagi banjir hias la sikit kan..hehe


aku yang mengada sangat nak buat benda ni..tapi somi suka jugak hehehe..kalau nak letak pasu bunga..agak-agak dia bagi ke eh...cuba je la nanti kan..kalau dah ada dia tak boleh nak cakap apa la hehehe..ok byebye

p/s: dalam hati dah ada niat nak buat gazebo ataupun kolam ikan hehehe..make a wishh for next or next..next year..