Wednesday 31 October 2012

Wordless Wednesday #3






#dah lama tak melukis

Tuesday 23 October 2012

Rahsia Bulan dan Kelahiran

sumber dari SINI

27 Jun 19**..

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

ehh..saja jer nak selitkan suami sekali.. :)

6 ogos 19**..

OGOS


* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


motif....? hahaha tak de la saja jer nak mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi..setiap orang ada pros & cons kan..tak semua orang sempurna..baik buruk kami..kami hanya insan biasa..bila dah tau semua ni jangan lah nak segan silu dekati kami yer.. :)

lemah


Persoalan yang sering di tanya menbuatkan hati resah gelisah
Rasa nak menagis pun ada
Sampai terasa putus harapan
Syukur Alhamdulillah masih mempunyai suami yang supportive & family yang memahami
Suami ibarat tongkat di saat diri lemah dengan bisikan sesetengah pihak
Itulah lumrah kehidupan selepas berkahwin
Semua itu bukan perancangan kami
Tapi belum ada rezeki untuk memilikinya
Ketentuan Tuhan kita tak dapat nak menduga
Ada yang awal
Alhamdulillah..rezeki
Ada yang lambat
InsyaAllah..cuba lagi


Jangan terlalu melayan perasaan..kerana ia bukanlah penentu segalanya..perbanyakan doa dan teruskan berusaha..semoga doa di makbulkan tuhan..


"YaAllah..jangan biarkan aku bersendirian..walhal Engkaulah sebaik-baik waris"
~Amin~


Monday 15 October 2012

kisah movie

rasanya belum pernah aku tulis mengenai movie kat blog nih..
oleh itu aku nak ambil kesempatan ini untuk kongsikan mengenai cerita berikut

AKU TERIMA NIKAHNYA



sesiapa yang belum berkesempatan untuk menontonnya anda di galakan untuk segera pergi tengok..
serius tak rugi..
sejak dah kahwin ni aku boleh menjiwai watak si NoraDanish tu..(comel giler kot dia nih)
sungguh besar dugaan yang di alami dan sungguh besar tahap kesabaran beliau untuk tempuhi segalanya..
tak kira apa jua dugaan yang menimpa..aku berharap semoga aku juga akan dapat kekuatan seperti itu untuk kebahagian aku serta suami..

ok ni dah lari tajuk sikit..sambung cerita pula..
.
.
.

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.


ok..oppp..opp..selebihnya kena tengok sendiri la eh..baru feeling..hehe
enjoy~

Saturday 13 October 2012

aku suka = aku cinta :)

ok maybe dah terlalu lama @ basi untuk aku post mengenai lagu ni..
tapi setiap kali aku dengar..mesti aku akan tersenggih sorang-sorang
yupp..kisah aku mungkin ada kaitan sikit dengan maksud lagu nih..
kisah yang agak lucu juga bila di kenang
anyway tak nak panjang cerita..jom layan lagi lagu nih..

sumber ikhlas dari youtube :)


lirik

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


p/s: happy 4th anniversary enemy, friend, boyfriend, best friend, HUSBAND...
today was the date me and u declare as a couple..so many things we have been trough together..we laugh, cry, singing, joking, flirting and more..from 13th oct 2008 until now..my love to u become much deeper and never fade..Dear Allah..please let it stay like this forever..i love him as much as i do :)

LOVE YOU HUSBAND