Thursday 26 April 2012

kerja



ok lately banyak betul kerja kat office
last week berderet dengan meeting sesaje
minggu ni nak cover duty orang pula...
dah macam secretary plak..sume benda orang nak tanya
kerja bahagian teknikal je..tapi pelik..orang nak call boss tapi boleh plak sampai ke handphone aku
sana cari sini..sini pun kat sini..situ pun ke sini..aiiyaa..
kerja sendiri pun banyak tertangguh di sebabkan sistem gilok..
dengan keja yang terlebih menimbun kat umah lagi..
dalam unit ni tinggal aku sorang je yang nak handle
kira tough jugak la kan..ada yang pernah buat..ada jugak tak..
tapi sanggup terima cabaran.. challenge!!!!<---misi TM
aku bukan mengeluh..cuma tak sabo nak cuti panjang je ni..esok kalau sistem main giler lagi memang aku dengan rela hati akan handover duty pada sesiapa saje hehehe
kesimpulan:
.
.
.
.
.
tak sabar nak menunggu hari esok~

Tuesday 24 April 2012

10days

keep counting
10 days to go


bermulanya perkenalan dari seorang teman
hati bertaut antara 2 insan
kau dan aku menjadi pasangan
kini menjelma tiba untuk di ijabkabulkan.

pelbagai cubaan dan rintangan kita tempuhi
kau sentiasa sabar dengan kelakuan diri ini
kan ku syukur pemberian yang di beri
seorang kekasih sehidup semati.

ku tahu kau bukan yang pertama bagi ku
ku tahu kau juga begitu
kita berjanji untuk bersatu
tiada yang terakhir selain kau dan aku.

hari yang di nanti akan tiba
adakah aku sudah bersedia?
kan ku cuba sedaya upaya
selebihnya ku serahkan pada yang Esa.


yaAllah berkatilah perhubungan kami seperti mana kau restuinya..kekalkan jodoh kami..tetapkan iman kami..murahkan rezeki kami..pupukkanlah kasih sayang dan kesabaran antara kami untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..amin~

Friday 13 April 2012

mandian lulur

di rekemenkan oleh kawan masa belajar dulu
dia pun bakal pengantin juga
nak di jadikan cerita kita ni tak de la selalu menjaga kecantikan sangat
sejak 2 menjak nak dekat jadi bini orang ni kena la jaga penampilkan (oiceh)
nak pegi Spa mesti mahalkan (nak beli barang kemahuan pun tak mampu) lagi pun memang tak pernah pegi Spa so kita tak tau Spa mana yang elok atau terbaik
lepas tu si kawan ni cerita la dia buat kat rumah jer..rumah???? ermm ok
sebelum ni pernah cuba mandian garam tu..memang best ala-ala scrub badan..tapi stok susah plak nak dapat sebab memang puas hati dengan produk tu tak nak beli jenis yang lain..gambar kat google tak de plak jenis tu (sori la eh)
masa nak beli aritu mula kalut kan sebab tak tau nak beli yang mana..siap call si kawan nak tanya dia pakai jenama apa..tapi jenama yang dia pakai tu tak de la plak..then kita tibai aje la beli yang bawah ni


baru mencuba nya semalam..ok arini hari jumaat semalam khamis<---kenapa plak aku cuba benda ni malam khamis..haha azimat kot agak nyer hahaha
lupakan pasal ni..
ok back to the story...memang semalam amik kesempatan nak cuba benda ni..hope dapatla kurangkan stress yang melanda diri..ala-ala macam kita pegi ber'Spa' untuk release tension..haha..hasil pertama puas hati..memang best..jimat pun jimat..kulit pun lembut..nyaman..wangi...fuhhh berbaloi babe..tak rugi cuba..
naseb tak mahal..korang try la cuba jugak..

untuk lebih meyakinkan pasal benda ni ada testimoni lagi dari sarah
kalau macam ni hari-hari nak stress pun tak pe kot..LOL
ok selamat mencuba..
bye..bye..

Thursday 12 April 2012

dugaan

adat la dalam setiap apa je yang kita buat mesti ada dugaan kan
dalam pekerjaan seharian pun ada aje yang menguji kesabaran
tak habis lagi pasal itu ini timbul plak dugaan lain bila "tension" menguasai diri:angry:
situasi sekarang "bertunang"..
soo taw la kan dugaan apa yang nak di ceritakan ni

info di bawah dari Hazmin Hamudin

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.



1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.:minimo_14:

2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.

3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. (kita je yang selalu tak de:pandacloud_20:)

4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.<----sangat-sangat:minimo_24:

5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.<---yang terjadi sekarang:girl_8:

6. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.

7. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.<----nafsu nak bershopping:girl_11:


Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.<---harus!!

2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.<---terpaksa

3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.<--bagaimana?

4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.<---bukan sebab ini

5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.<---dah terlebih merancang

6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.<--jom esok nikah..boleh?

7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.<---tolong saya

attension: segala yang berwarna merah tu bukan yang terjadi pada saya..harap maklum :)

adakah saya telah gagal untuk mengawal semua keadaan ini..??setiap kehidupan pasti ada air pasang dan surut..waktu panas dan hujan..hidup tak sentiasa indah..pasti ada ujian yang di berikan oleh tuhan kepada hambaNya..YaAllah, aku mohon Kau pertahankanlah iman ku..kuatkanlah hati ku untuk menghadapi segala dugaan Mu dengan tenang dan hati terbuka..

doakan saya~

Tuesday 10 April 2012

Bila Dilanda Tekanan dan Dukacita


sebagai seorang manusia biasa, kita tidak akan dapat lari daripada bebanan dan ujian. Kerap kali kita dilanda ujian dengan rasa sedih dan dukacita, rasa lemah dan malas, rasa kedekut dan penakut, bebanan hutang dan tekanan daripada penindasan orang.


Siapakah yang akan bersedia menjadi 'teman' buat kita kongsikan dugaan dan ujian yang menguja empunya diri ini dari hari ke hari? Mungkin untuk tempoh yang panjang ?

Kesediaan manusia terbatas, kesabaran manusia terhad, kemurahan manusia bersempadan dan kita amat memerlukan bantuan yang berpanjangan serta mungkin di luar kemampuan manusia biasa.

Rasulullah saw mengajar kita agar sentiasa mendambakan diri hanya kepadaNya semata-mata. KepadaNya kita menghambakan diri dan kepadaNya jua kita memohon segala pertolongan.

"Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang."

Kisahnya,
Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?" Jawab Abu Umamah: "Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!"

Jawab Rasulullah: "Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu." Abu Umamah menjawab: "Ya, wahai Rasulullah." Baginda bersabda: "Apabila tiba waktu pada dan petang bacalah:
 اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن... (Doa di atas). Kata Abu Umamah: "Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku."(Riwayat Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri).


Ada baiknya kita beramal dengan doa ini pada setiap pagi atau petang agar terbina keakraban hubungan dengan Allah swt. Doa ini adalah sebahagian daripada 'Al-Ma'thurat', yang bermaksud amalan wirid, zikir dan doa yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah yang diamalkan oleh Nabi SAW dan dikumpulkan oleh al-Imam al-Syahid Hassan Al-Banna untuk menjadi manusia soleh.

Tanpa hubungan yang akrab dengan Allah jiwa kita akan menjadi keluh kesah kerana tiada kedamaian. Benarlah kata-kata Syeikhul Islam dalam al-Kalimuttayyib: "Tanpa zikrullah secara istiqamah, diri itu umpama ikan yang tercampak keluar dari airnya."

Mari kita ingati akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)

Selamat beramal....



tak de benda nak cite..copy paste je la

Friday 6 April 2012

dinner @ Fontana Cafe

before nak kawen ni..si dia ada mengidam nak sangat makan kat sini..tah mana dia dapat idea pun tak tahu la..kat Wall FB dia penuh pasal beger sesaja..then aritu saya teringin nak makan subway tapi terasa ragu -ragu & was-was plak nak makan..nak tau sebab apa..lain kali saya cerita ok..

back to the story..
tahu tak Fontana Cafe ? sesiapa yang tengok JJCM tu tahu la..saya tak tengok..tahu pun dari si yang mengidam tu..hik..
korang boleh tengok sini untuk maklumat terperinci
harga pun dia ada pamerkan di situ

me punya 

kami memang suka air buah

si dia yang punya

owwhhh gambar nachos saya tak de..da makan dlu plak before capture gambar hehe sorry :) 


kalau tengok real tak yah cakap la..beger dia memang besar dari carl's junior (yang saya pernah makan la)
dengan keadaan fizikal kami yang keding melengking ni (oiceh perasan..tapi dia memang keding haha) korang mesti dah agak yang kami tak habis kan..kalau itu yang korang pikir..memang itulah jawapan nyer..
roti sandwich saya boleh lagi tapau bawak balik...si dia punya yang dah hancur di ngap-ngap oleh dia..orang kedai tu pun mesti tak tau nak bungkus macam mana haha..so agak bazir skit di situ..<---jangan tiru perangai ini

lepas ni kena diet la..tak sampai sebulan jer lagi nak bernikah+bersanding ni...owww myyy~
jangan hasut saya untuk pergi makan yang sedap-sedap yer..tunggu lepas kawen nanti kita pergi lagi ok..

bye..bye..

Wednesday 4 April 2012

Wordless Wednesday #1





Note: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



Tuesday 3 April 2012

hello april

ada sesiapa dah terkena april 'fool' ker?
naseb saya baik sebab tak kena hehe

to april........~
please be good to me ok
tinggal lagi sebulan je untuk segala-galanya
please be nice im begging u...
kalau tak nanti tak naik seri la saya ni huhu
persediaan untuk bulan ini--->hehe edar kad kahwin ler 
macam tak percaya plak..mereka boleh kata saya muka budak-budak lagi tapi nak kawen da..haha
konon je diorang nih
hmm dupdapdupdap je rasa jantung nih..tak kan da mula rasa perasaan itu?
yew la kot kan..masa da tak lama je lagi nih
agak-agak apa lagi yang perlu saya buat yer dalam tempoh ini??
dah buntu nak pikir..lagi pikir lagi serong jadi nyer
Ya Allah permudahkanlah segala urusan hamba Mu ini

oh ni adalah bulan terakhir sebelum kahwin saya perlu tunaikan wishing list saya
tapi hampa tidak berkesampaian...
nak taw apa dia?
tunggu la next post nanti ok
bye..bye