Tuesday 10 December 2013

al kisah si rumput hijau

kali ni main google cari pasal rumput tapi ramai orang pilih pergi sungai buloh
jauh sangat la kan..
tapi yang ni beza sikit.. kawan office yang suruh pergi tempat ini Kampung Gebok
sekarang aku recommend pada semua
kampung ni area Mantin..kalau jumpa signboard ni masuk la ikut simpang situ..confirm tak sesat!!
1st time kami pergi sesat barat nak cari..semua simpang kami masuk..tanya kat kedai mereka tak tahu..dah masuk simpang ni baru la ada orang yang guide jalan



harga? bagi aku best price la..

sekaki = RM1.20
lepas nego = RM1.00

tada...ni lah ladang ternakan rumput hahaha....


kawasan dia sangat luas..lembu pun boleh main lari berkejaran
dekat sini ada jenis japan and filiphine
pilih je la mana berkenan..


kesan yang kami beli masa awal-awal dulu pun masih ada lagi
dan kawasan itu makin luas..maknanya ada orang beli jugak kat sini
kali ni kami beli lagi..tengok orang tu tengah potong..


'sekaki' dia lagi besar dari 'sekaki' yang jual kat kedai



nak tanya muat ke kereta eh?
hahaha masa 1st time beli naik viva je..
kali ni naik myvi..memang penuh la kan

(gambar masa mula beli dulu)

masa 1st time beli...sesaje je gatal tangan..sebab dah sesat nak ubatkan hati..somi pun beli la..tu dapat tanam separauh je..
pastu baru sambung yang lain
inilah hasilnyer..yang hujung tu dah bercantum dah
kali ni tanam jarak sikit sebab tak cukup..hehe


yang ni pula adalah tambahan..baru beli semalam..sebab kat situ ada letak paip..so tak nak bagi banjir hias la sikit kan..hehe


aku yang mengada sangat nak buat benda ni..tapi somi suka jugak hehehe..kalau nak letak pasu bunga..agak-agak dia bagi ke eh...cuba je la nanti kan..kalau dah ada dia tak boleh nak cakap apa la hehehe..ok byebye

p/s: dalam hati dah ada niat nak buat gazebo ataupun kolam ikan hehehe..make a wishh for next or next..next year..


Monday 18 November 2013

segalanya dari Mr Google

dengan zaman teknologi canggih ni kehidupan seharian memang mudah..
nak apa je..ko boleh google sendiri..

situasi aku:

segan bertanya-Google je
nak tahu sesuatu-Google lagi
nak mencari barang-Google jugak

alkisah kali ini..sesaja gataal tangan taip kat google ni..terjumpa plak la blog jiran..
blog endah memang aku dah tahu dah..hehe ni jiran baru pula..

bila dah berkisah dengan jiran baru ni..mula la serba serbi nak tahu (bukan stalker yer) 
terasa macam mak-mak je masa duduk rumah lama..nak tahu sebabnyer apa...

dulu kalau jiran-jiran mak renovate umah..dia pun nak menyebok buat lawatan..tup-tup kata nak buat macam tu jugak..kalau 1 lorong tu ada renovate pape mulalah deme jadi macam ketua kampung lawat kawasan..tapi ini kisah dulu kala..sekarang ni..kisah kita plak..dah jumpa blog jiran kan...amboiiiiii hebat jugak deme ni renovate umah..macam tergoda je..macam nak je..boleh ker???

senang kan..tak perlu buat lawatan percuma..sekali sekala boleh jugak jadi stalker nih..kot-kot tergigit lidah ke..boleh la kita tahu sendiri..altarfirullah alazim..ishhh tak baik ko ni..bersangka buruk dengan orang..hehe..gurau je..bye~


Friday 8 November 2013

repost

selalu orang tanya..kita terasa
ada KAU kesah!!
kalau aku kata begini..diorang terasa
ada AKU kesah!!

:)

Friday 1 November 2013

wishing november

ehhh dah november..post untuk october tak banyak pun kan..
yela tak de story best tapi ada sesuatu yang terjadi..(keep try+praying)


hai november..
tiada apa atau harapan yang aku inginkan...
moga aku akan tetap dengan rancangan aku tanpa putus asa..
moga juga aku tidak di kecewakan dengan apa yang bakal aku ketahui kelak..


p/s: jika perkara itu mendatang kemudaratan pada ku..moga aku tabah dan redha untuk menerima dugaan itu dan kekal berusaha untuk perolehinya~

Tuesday 1 October 2013

dear 10


please be NICE..be GOOD to me..ok

one happy family at home

family reunite after 51 days
bak kata along la
lepas 51 hari dari raya hari tu..
benda ni dah lama plan..beli voucher dari groupon..murah la sikit kan
boleh di katakan puas hati jugak la dengan tempat ni..sebab masih baru kot


wooohhhooo 1st time buat gambar gerak-gerak ni..
seronok kau yer
nasib la untuk diri snediri tak de siapa nak buatkan huhu
gambar yang lain enjoy la tengok kat bawah ni



orang besar naik..diorang pun nak jugak..mak-mak la jadi mangsa nak kena bawak kan


berlagak riang walaupun tak mandi..pfffttt


si kenit...


one big family
orange day..TM day????


adik beradik kita la


jom naik river cruise
banyak lagi tempat lain yang tak pergi..malam tu semua dah surrender
hari sebelumnya plak aku datang lambat..pfffttt


habislah kerepek opah baru beli tu bagi burung makan


ehhh selit gambar somi jap..*wink


suka tengok kampung ni..comel je


ok jumpa lagi nanti bye..bye

Monday 9 September 2013

kau ni dah kenapa

kalau dah datang rumah orang tu tak payah buat macam rumah sendiri boleh tak??
tak kira siapa pun kau bagi aku

situasi pertama:

perlu ker kau nak mempersoalkan ayat Kursi di setiap bilik dalam rumah aku???
perlu ker kau nak cakap "korang letak tu sebab ada apa-apa ke kat rumah ni???

situasi dua:

astro
tv ni tak de channel movie ker? dah tu apa jer yang ada? bla..bla..bla..tv besar tapi tak de apa (channel lain) and so on..

situasi tiga:

meja makan korang ni tak tahan lama..nie mesti murah punya kan

penjelasan:

ehhhhhhh...kau siapa nak cakap tu semua..rumah aku rumah baru..dari tanah kelapa sawit hingga dah terang sampai rumah ini di bina aku tak tahu sejarah tempat ni..untuk keselamatan dan keberkatan salah ke nak letak ayat kursi tu..mulut jangan nak @#$%^& ikut suka suki jer!!

pasal astro pun kalau boleh memang aku tak nak apply pun..sampai la terpaksa sebab dah ada orang panggil tanpa rela hati..

gaji aku laki bini tak la macam gaji pegawai besar...duduk pun baru berdua jer..perlu ker nak ada meja makan bertabletop kan marble atau berkayu jati..kerja pun baru setakat setahun jagung..janji aku ada sediakan tempat untuk orang yang datang macam kau makan kat atas kerusi dan meja tu..so syukur la sikit eh jangan cakap ikut sedap mulut je..kurang ajar dah nama nyer tu..

sebelum mengata atau complain rumah orang..kau cermin dulu diri tu..kau macam mana nak di bandingkan dengan aku..kita ni sama je makan gaji..tak lebih tak kurang..rezeki kau rezeki aku lain-lain..tapi tolong lah hormat tuan rumah.. 

Wednesday 28 August 2013

cerita raya

amboiiii dah nak kat habis raya dah kot baru nak cerita ker??
sebenarnya tak de cerita menarik pun yang nak di kongsikan cuma


tahun ni raya lengkap semua ada dan pada hari raya pertama bersama dengan keluarga tersayang
alhamdulillah
tidak terlupa juga nak bagitahu kamu semua
jeng..
..jeng
jeng...


yeay~
dah pindah rumah sendiri

macam-macam cerita dari mula buat persediaan untuk masuk rumah ni..
semuanya memerlukan kesabaran dan ikut perintah!!
kepada kenalan rakan taulan..meh la datang raya..tapi sofa tak de la..hehe duduk bersila pun boleh kan






*bila dah duduk rumah sendiri rindu pula dekat jiran-jiran lama yang meriah tu..dulu selalu jenguk tingkap belakang kalau rindu kawan baik..sekarang tengok belakang pun tak berani sebab gelap gulita..tak de orang pindah lagi..huhu i miss them all..

Friday 12 July 2013

buku

jalan-jalan di MPH..ingat nak beli buku resipi
tapi ternampak buku ni..dan menarik minat untuk beli


Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap tak tentu arah yang ada dalam diri ni? Ketika aku berdepan dengan sesuatu perkara, aku mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya aku tewas juga.

Kesabaran diri ini hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun aku cuba mengelak dengan beristigfar tapi aku gagal mengawal perasaan diri..

walaupun sifat diri ini semula jadi..namun buku ini banyak menerangkan cara kita untuk menghindari semua itu..tak rugi beli..terlalu banyak kisah yang di ceritakan..semoga aku dapat ambil iktibar dari semua yang terjadi..terlalu jahil diri ini..Semoga aku akan menjadikan seorang insan yang tenang dan damai sepanjang usia yang masih berbaki. insyaAllah

Wednesday 10 July 2013

ucapan


selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat

Tuesday 9 July 2013

fakta @ mitos

mungkin ni penulisan terpanjang aku
tapi jangan amik serius
ini sekadar luahan hati je..kalau rasa menyampah jangan baca..

dulu aku fikir semua ni mengarut giler
tapi macam dah terkena kat diri sendiri
nak percaya..syirik plak..
tengok je la perjalan nasib ni macam mana

seperti yang ketahui umum
dulu aku dengan adik yang paling rapat kawen serentak
sanding sama hari je la (jimat duit mamat tu)
dia nikah seminggu sebelum aku..
nak di jadikan cerita......................................................
(geram+benci+caci maki)
bini dia kali ni dah bunting 2 kali..2 kali tahu tak..yang pertama keguguran atas sebab tak boleh nak di elakkan..kali ni lagi sekali dia pregnant...
ko tau tak apa yang aku rasa...rasa la sekali..cakap senang la..(ni dah tahap marah ni)
tak pasal2 laki aku kena tempias nyer..kesian tau tak kat dia..

dulu masa kakak nak kawen serentak mak marah atas sebab yang lain tapi bukan yang macam ni la..kata nyer kalau kawen serentak salah satu pasangan tak kekal lama..so mereka kata nonsense la...
tu ko tak rasa..boleh la cakap macam tu..dah jadi macam ni nak kata apa pula..

ya..ya..memang kuasa dan rezeki datang dari Tuhan..tapi ko sanggup ke bila terasa macam ni..kalau dengan kawan aku tak kisah sangat..ni adik beradik tau tak..
cuba pakai kasut aku letak pada diri aku ni..paham..paham je la..dugaan dan ujian ada yang kita boleh terima..tapi yang ni sampai bila...habaq kat aku mai sini..

mungkin aku lemah nak mengharungi semua..bukan tak bersyukur apa yang tuhan dah bagi tapi perasaan tu kadang-kadang aku gagal nak kawal..nak mengadu kat suami..dia turut terima tempias..bukan sengaja pun tapi rasa macam nak dia merasa yang sama seperti aku..tak kesian ke kalau macam tu..konon nak cari penenang..tapi yang kecil akan di perbesarkan..

ada ketika nyer pula..aku sengaja nak lari dari jumpa dengan mak sendiri..aku tahu..dia mesti nak cerita pasal berita yang buat dia gembira tu..tapi sumpah aku tak nak amik tahu walaupun dah tahu!!!..

siapa yang harus aku persalahkan..adakah diri aku sendiri??? ya dulu aku ada cakap nak anak tunggu la dulu rumah tu siap..kot-kot senang nanti larat sikit nak buat persediaan..ko tengok la..sampai sekarang rumah baru nak siap..kalau tak aku da ada sorang budak kecik da..nak salahkan rumah plak ker..kalau salahkan rumah..nak aje aku BOM rumah tu..

aku lemah..aku gagal..aku tak kuat..tak de siapa yang boleh di kongsi kan..tapi terima kasih pada rakan baik ku yang sedia menadah telinga..kebas jari nak taip mesej dengar luahan aku..sorry kalau buat ko rasa annoying sangat dengan aku nih..tapi sumpah..tak de siapa aku rasa nak mengadu selain cari ko..terima kasih banyak-banyak

maafkan hambaMu ini yaAllah..maafkan aku..aku cuma ingin tahu apakah hikmah di sebalik apa yang Kau berikan pada diri ku ini..jika ada rezeki bagi ku..Kau kurniakan lah pada ku..Jika itu bukan untuk ku..Kau kuatkanlah hati ku ini untuk terima Dugaan Mu..(menitis)

kalau aku lemah..aku nak naikan semangat balik..mengadu kat kamu..bolehkah kamu buat begitu???
maafkan aku untuk coretan kosong ini..aku hanya meluahkan apa yang tersirat selama ni..noktah

*cerita ini bukan sekadar aku saja..ada lagi orang yang sama nasib dengan aku..untungnyer nasib jadi adik nih!!!

Tuesday 2 July 2013

cemburu

sumpah aku terasa
walau siapa pun dia

Tuesday 25 June 2013

my busy week



this week will be my bz..bz..bz..day zzzz~ ever!!!!
and im sooooooo happy


taaaadddaaaaa~
yang di nanti telah tiba

fuhhhh time nak amik kunci ni la ada audit stesen kat office ni
so bodek la bos minta permission nak kuar kejap
kejap????!!!

kejap amenda nyer..sampai balik terus la tak masuk office semula hahaha
bukan nak di sengajakan
lepas amik kunci terus buat defect rumah
ni la masanya nak buat semua..kalau tak..bila lagi kan..nanti lambat plak nak pindah




pinjam tangga kat kontraktor yang buat rumah kat tepi padang hehe
semua ni tak kan berjaya kalau tak de bantuan dari bapa mertua..
orang yang berpengalaman..abis semua dalam rumah kami tanda "retak"pecah"karat"bocor"
dari luar rumah sampai ke dalam..sampai ke tangki semua dia check untuk kami


paip depan rumah dia g simen sekali semua..adeyyy


lantai bahagian dining ada pecah 1
tiles kat dapur dengan bilik air tak main ketuk-ketuk lagi..kot-kot dia letak simen kosong je kan..
yang lain banyak retak je la dalam rumah tu..and bocor kat paip sinki bilik air..tangki plak alhamdulillah ok


siapa ada bela kambing or lembu..nak pinjam sekor..nak suruh dia trim rerumput tu hahaha


last..last..hehe


sesiapa yang bermurah hati nak tolong cuci rumah
meh datang jumpa kita meh..

ok tu je la..nak sambung buat report defect rumah plak..
esok nak hantar..lepas tu nak pergi MPS lagi..nak minta permit ubahsuai rumah..
excuse me..bukan nak renovate ok..pasang grill je pun..haha

bye..bye

Thursday 6 June 2013

berhabuk

perrgghhh dah berapa zaman tak update blog nih
kalau semua nak cerita sekarang memang dah basi la kan
tak laku punya cerita nak jual haha

tapi banyak perkara yang nak di kongsikan / di luahkan / di jaja
tapi tak tertaip nyer kat keyboard nih

perkembangan terkini tengah buat persiapan nak masuk "pondok asmara" kami
pening weyhhh..tak tahu nak buat apa
kepak kat duit dah tumbuh..tunggu dia dah matang je baru boleh nampak dia terbang huhu
tapi takpe kita buat apa yang termampu je ok
lain gaji baru kita tambah apa yang patut
(bila fikir balik...dapat ke shopping raya tahun ni???)

ting..ting..ting..(lampu bulp menyala)

memandangkan kini dah masuk bulan 6 iaitu bulan kelahiran ku
boleh ke nak request baju raya sebagai hadiah..hehe


tahun lepas dah beli kat dia..tahun ni nak lagi hehe

#keeppraying

"cukuplah bagi Allah bagi kami dan sebaik-baik tempat berserah..Dialah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong"

semoga segala urusan ku di permudahkan dan di murahkan rezeki... AMIN~

Sunday 2 June 2013

its june babeh


apa yang aku nak wish untuk bulan nie?...~
 #keeppraying

Tuesday 19 March 2013

dapat jugak

baru tadi amikkan BR1M untuk atuk (wakil)
dalam hati terdetik "tak pe la..tak layak pun nak dapat" sambil pegang voucher itu
bila balik office tengok streaming PM datang melawat ke menara TM
mula-mula dengar biasa je..bila tiba di kemuncaknya
dupdapdupdap
.
.
.
jeng
.
.

jeng
.
.
harapan ada pengumuman yang menarik
.
.
.

.
.
.
Atas penghargaan, sumbangan, komitment dan kesetiaan..
.
.
.
berkias-kias pula..semua dah tak sabar ni..


alhamdulillah..rezeki..syukur yaAllah..
dapat jugak la BRIM TM haha
so laki bini tak payah la nak kongsi-kongsi sebab 2 dua dapat
terima kasih PM..terima kasih TM
i love u~

Monday 18 March 2013

1 million women purple walk (lagi)

hari tu cite pasal event ni tunda
kini dah telah terlaksana pun pada ahad 17 mac yang lalu
so dapat jugak la join..
cuba search kat google pasal aktiviti ni..memang ramai giler orang yang join..tak kira lelaki atau kanak-kanak..bukan setakat di putrajaya je..kat kawasan lain pun turut menganjurkan acara tersebut..


yang ni tak tau la terpaksa join ke atau tak de mood sebab tak cukup tidur..
ye la nak pergi sana kena awal pagi sebab nanti jalan tutup..


acara ini di adakan bersempena menyambut hari wanita sedunia
cehhh..sejak dah kahwin ni dah bergelar wanita plak dah..


ni antara mak, kakak dan kawan office-nya
geng TM masa tu tak jumpa lagi..huhu
tapi tak pe tak patah semangat pun..kami masih teruskan juga perjalanan ini
bila dah nak balik baru pergi cari port TM..kalau tak nanti tak dapat benefit yang di tawarkan..
rugi kot..(sebab tak register kehadiran) 


exited kot sebab baru first time tengok muka beliau depan-depan hehe
#1Malaysia #iM4u 


menghargai pejuang-pejuang negara
♩ ♪ ♫ ♬ inilah...barisan kita..
yang ikhlas..berjuang..
siap sedia..berkorban
untuk ibu pertiwi ♩ ♪ ♫ ♬


like a rock star..hahaha
happy me~
tata..


Wednesday 13 March 2013

13.3.13

13.3.13

happy 53 "month"sary...stranger..enemy..friend..boyfriend..husband

doakan yang terbaik dengan angka 3..
semoga ada keajaiban untuk kami berdua
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tak lama kemudian
.
.
.
.
.
.
.
.
.
stress memanjang je arini huhu..naseb..naseb T____T

Wednesday 6 March 2013

1 million women purple walk


alamak...baru semangat nak join dengan mak
weeehuuu..tapi~


sekali kena tunda la..
huhu..