Tuesday 25 December 2012

tragedi

baru nak amik nafas lega sebab dah beli barang nak masuk rumah baru
tapi
"ku sangkakan panas hingga ke petang..rupanya hujan di tengah hari"

21hb disember 2012
kali kedua banjir bagi tahun ini
paling teruk!!!


jemput masuk...grrrr~


ni lah antara hasil yang baru beli tu
mula-mula selamat letak atas katil
pastu air makin lama makin tinggi
so katil dah boleh terapung
terpaksa ubah ke tingkat atas


motor adik yang tak sempat di selamatkan
air dah tinggi


muka sedih kena kerja berat
nasib baik esoknya hari sabtu
so cuti~
sakit pinggang macam seminggu..tak cukup!!




liputan dari tv3
apa hasilnya?????


see...thats my car...
nak tengok air paras mana


tengok kaki mak saya...

fuhhh....mengeluh panjang pun tak guna
penat..tuhan je yang tahu..musibah yang datang kita terima seadanya..
sekian


Friday 21 December 2012

pondok asmara

yuuuhuuuu..long time no see..miss me??? awwww~ so sweet of u..hahaha
nak muntah?? sebab tajuk eh..hehehe biar la..biar lain dari yang lain..jangan marah yer..

di saat ini..di ketika ini aku rasa tak sabar sangat nak duduk bersama dengan 'somi'
~bersendirian~
sebab sekarang ni kami dah macam pelarian..seminggu turn dia..seminggu turn aku..rumah mak ayah la..bosan tak bosan..penat tak penat..semua ada..


tengok tu..somi dah menjemput pasangannya ke pondok kami
tunggu yer sayang hehe..ni gambar lama tau..banyak lagi belum siap masa tu..
pondok kami tak la besar mana..asalkan ada tempat berteduh suami isteri + masa depan pun dah mencukupi..

agak-agak entah bila la boleh siapkan..
banyak lagi perubahan yang pemaju tukar..
tengok ni


tembok yang asal dia pecahkan balik sebab nak letak meter air
pecah la ikut suka asalkan pondok asmara kami ni siap *wink*wink


cukup la keluasan ini untuk bakal anak-anak main depan mata kita
nak main kat luar risau bahaya je and nanti kita plak yang tak larat
buat masa ni tak de perubahan pape la
tunggu 10 tahun akan datang insyaAllah ada rezeki ubah ikut kemampuan :)

buat masa sekarang ni antara keperluan yang dah kami sediakan adalah melengkapkan semua point elektrik yang ada
sebab sekarangkan year end sale..so ambil peluang ini untuk beli serba sedikit
penuh la rumah mak ayah dengan barang-barang kami
rasanya mesti semua orang dah boleh tahu kot kat mana kami beli semua tu
ala google je..semua jawapan yang tak terjawab semua ada
kami pergi 1 tempat je..dari lampu sampai la ke kipas
semua di bawah 1 bumbung
"house of lighting"
pekerja yang friendly
harga berpatutan
sistem yang cekap
cuma kena pilih masa yang sesuai je nak pergi kedai ni
sebab....kedai ni terlalu ramai orang..nanti jadi cepat rimas..tu je

14 point lampu = lengkap (14)
2 point kipas = lengkap (3)..terlebih 1
kenapa terlebih 1..sebab nak tambah 1 point kipas kat dalam bilik

ehhh pondok ni pun canggih tau..dia bagi point aircond..fuhhh~


ada rezeki nanti pasang la aircond..ye la tak kan nak bagi wayar tu semua terjojol keluar..ketumbit mata ni ngintai nyer...

fuhhh penatnya..lain kali la sambung lagi yer..
tata~


Wednesday 5 December 2012

Wordless Wednesday #5


perbelanjaan terbesar untuk diri sendiri


**pengurusan wang Sendirian Berhad

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.


Monday 3 December 2012

late wishes

Thursday 29 November 2012

biarkan ia menghantui anda


drag me around so i can haunt your blog
haha

Wednesday 28 November 2012

Wordless Wednesday #4



On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.



**Bersamalah kita membantu  mereka dengan keihlasan

Monday 19 November 2012

Bila Dugaan di Uji


Takutkan Allah itu lebih baik daripada takut kepada sesuatu makhluk selain dari-Nya. Mari kita lihat suatu perbandingan. Katalah suatu ketika seorang guru besar  mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yg melanggar disiplin sekolah. Apakah reaksi murid yg dirotan itu?


Jikalau dia seorang yg insaf dan tahu diri, ia segera terfikir kesalahan yg dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yg cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yg tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu menaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yg merotannya.


Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yg bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yg dia tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yg bersalah itu layaklah dirotan.


Begitulah halnya dengan Allah Yg Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita. Diberikannya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yg mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yg ditimpakan. Malahan ujian membuat kita bertambah jauh daripada Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah.


Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah segala ujian yg besar mahupun yg kecil sebagai satu didikan terus daripada Allah. Dan ingatlah, andai kata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yg Allah kurniakan kepada kita.


Tatkala diuji kita mudah buruk sangka dengan Allah, dan berdendam dengan orang yg mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yg hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah bertujuan menguji kita... Tuhan sedang mengajarmu erti ikhlas dan sabar!

Thursday 8 November 2012

memancing rezeki

Alhamdulillah 
dari tajuk buku ni aku tertarik sangat nak mengetahui isi dalamnya
pada Allah kita memohon kepada Allah kita berserah


buku ini menyingkap seribu satu rahsia Tuhan 
 ia membuka segala keutamaan dan keajaiban Solat Dhuha. Solat yang mampu menjauhkan dari kemiskinan, memudahkan datangnya rezeki, melapangkan kejayaan serta membukakan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

bersamalah kita untuk bertawakal kepada Tuhan dan berusaha dengan cara-Nya :)
Wallahu a'lam~

Thursday 1 November 2012

november

Dan berlalu lah sudah October..
merajuknya dia meninggalkan kita selama setahun..
moga di panjangkan umur supaya berjumpa kita lagi di masa akan datang..


hai November,
apa yang akan ada pada kamu nanti?
mari kita harunginya bersama-sama ok :)
hope you will be awesome and be nice to everybody 


:)





teman


syukur kerana aku mempunyai 
teman yang setia
teman yang sudi mendengar luahan rasa
teman untuk kongsi segala duka lara
teman untuk kembali ceria dan ketawa
.
.
.
.
.
.
.
.

terima kasih pada suami tercinta

Wednesday 31 October 2012

Wordless Wednesday #3






#dah lama tak melukis

Tuesday 23 October 2012

Rahsia Bulan dan Kelahiran

sumber dari SINI

27 Jun 19**..

JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan.
* Mudah ditawan kerana sikap baik.
* Berperangai lemah lembut.
* Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
* Idea yang terlalu banyak di kepala.
* Bersikap sensitif.
* Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
* Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
* Bersikap suka menangguh-nangguh.
* Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
* Cepat marah & cepat sejuk.
* Suka bercakap & berdebat.
* Suka buat lawak & bergurau.
* Otaknya cerdas berangan-angan.
* Mudah berkawan & pandai berkawan.
* orang yang sangat tertib.
* Pandai mempamerkan sikap.
* Mudah kecil hati.
* Mudah kena selsema.
* Suka berkemas.
* Cepat rasa bosan.
* Sikap terlalu memilih & cerewet.
* Kurang mempamerkan perasaan.
* Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
* Suka pada barang yang berjenama.
* Mudah menjadi eksekutif.
* Kedegilan yang tidak terkawal.
* Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

ehh..saja jer nak selitkan suami sekali.. :)

6 ogos 19**..

OGOS


* Suka berlawak.
* Mudah tertawan padanya.
* Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
* Berani dan tidak tahu takut.
* Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
* Pandai memujuk orang lain.
* Terlalu pemurah & bersikap ego.
* Nilai harga diri yang sangat tinggi.
* Dahagakan pujian.
* Semangat juang yang luar biasa.
* Cepat marah & mudah mengamuk.
* Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
* Sangat cemburu.
* Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
* Cepat berfikir.
* Fikiran yang berdikari.
* Suka memimpin & dipimpin.
* Sifat suka berangan.
* Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
* Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
* Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
* Belajar untuk bertenang.
* Sikap kelam kabut.
* Romantik, pengasih dan penyayang.
* Suka mencari kawan


motif....? hahaha tak de la saja jer nak mengenali hati budi masing-masing dengan lebih mendalam lagi..setiap orang ada pros & cons kan..tak semua orang sempurna..baik buruk kami..kami hanya insan biasa..bila dah tau semua ni jangan lah nak segan silu dekati kami yer.. :)

lemah


Persoalan yang sering di tanya menbuatkan hati resah gelisah
Rasa nak menagis pun ada
Sampai terasa putus harapan
Syukur Alhamdulillah masih mempunyai suami yang supportive & family yang memahami
Suami ibarat tongkat di saat diri lemah dengan bisikan sesetengah pihak
Itulah lumrah kehidupan selepas berkahwin
Semua itu bukan perancangan kami
Tapi belum ada rezeki untuk memilikinya
Ketentuan Tuhan kita tak dapat nak menduga
Ada yang awal
Alhamdulillah..rezeki
Ada yang lambat
InsyaAllah..cuba lagi


Jangan terlalu melayan perasaan..kerana ia bukanlah penentu segalanya..perbanyakan doa dan teruskan berusaha..semoga doa di makbulkan tuhan..


"YaAllah..jangan biarkan aku bersendirian..walhal Engkaulah sebaik-baik waris"
~Amin~


Monday 15 October 2012

kisah movie

rasanya belum pernah aku tulis mengenai movie kat blog nih..
oleh itu aku nak ambil kesempatan ini untuk kongsikan mengenai cerita berikut

AKU TERIMA NIKAHNYA



sesiapa yang belum berkesempatan untuk menontonnya anda di galakan untuk segera pergi tengok..
serius tak rugi..
sejak dah kahwin ni aku boleh menjiwai watak si NoraDanish tu..(comel giler kot dia nih)
sungguh besar dugaan yang di alami dan sungguh besar tahap kesabaran beliau untuk tempuhi segalanya..
tak kira apa jua dugaan yang menimpa..aku berharap semoga aku juga akan dapat kekuatan seperti itu untuk kebahagian aku serta suami..

ok ni dah lari tajuk sikit..sambung cerita pula..
.
.
.

Cerita tentang kepayahan seorang isteri yang sangat setia, Arlisa(Nora Danish) . Arlisa mengalami dugaan hebat apabila suaminya Johan lakonan Adi Putra ditimpa kemalangan.

Selepas kemalangan Johan telah hilang ingatan atau menghidap Selective Amnesia. Arlisa sedaya upaya menjaga suaminya yang hilang ingatan walaupun suaminya Johan tu tak langsung mengenali dirinya.

Arlisa mencuba untuk mengembalikan ingatan Johan dengan melakukan semula detik detik indah semasa mereka bahagia dulu.

Namun semuanya gagal mengembalikan ingatan Johan. Lagi dugaan perlu dihadapi oleh Arlisa ialah apabila Johan mula rapat dengan Suriya.

Johan makin selesa dan mesra di samping Suriya malah menyatakan hasratnya untuk menceraikan Arlisa kerana hatinya sudah terpaut kepada Suriya. Pergolakan yang semakin kencang itu memaksa Arlisa mengundur diri walaupun cintanya pada Johan tidak pernah berubah.


ok..oppp..opp..selebihnya kena tengok sendiri la eh..baru feeling..hehe
enjoy~

Saturday 13 October 2012

aku suka = aku cinta :)

ok maybe dah terlalu lama @ basi untuk aku post mengenai lagu ni..
tapi setiap kali aku dengar..mesti aku akan tersenggih sorang-sorang
yupp..kisah aku mungkin ada kaitan sikit dengan maksud lagu nih..
kisah yang agak lucu juga bila di kenang
anyway tak nak panjang cerita..jom layan lagi lagu nih..

sumber ikhlas dari youtube :)


lirik

Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia


p/s: happy 4th anniversary enemy, friend, boyfriend, best friend, HUSBAND...
today was the date me and u declare as a couple..so many things we have been trough together..we laugh, cry, singing, joking, flirting and more..from 13th oct 2008 until now..my love to u become much deeper and never fade..Dear Allah..please let it stay like this forever..i love him as much as i do :)

LOVE YOU HUSBAND

Wednesday 12 September 2012

renungan sejenak

kadang-kadang hati ini selalu rasa tak puas hati..
manusia memang tak pernah puas dengan apa yang mereka miliki..
Alhamdulillah kerana kini dapat hidup dan menampung kehidupan dengan hasil sendiri..
akan tetapi, ketika hati berbisik, perasaan ini yang terdetik..
perasaan cemburu dan iri hati sering muncul apabila kita memperbandingkan diri dengan orang lain..
adakah aku tidak mampu seperti dia???
kenapa dia boleh dapat "itu" dengan senangnya???
bagaimana mereka boleh bersuka ria di sini sana???
pelbagai soalan sering timbul dan berlegar-legar di fikiran..
adakah ini kesilapan aku???
kenapa aku tak seperti mereka???
bagaimana aku mampu untuk puaskan kehendak diri???
hanya aku yang tahu jawapan di setiap persoalan..
tapi...dimana titik noktahnya???
jangan khuatir jangan bimbang..
perkara ini pasti akan muncul lagi...


Ya Allah..hambamu ini selalu leka dengan keindahan dan kemewahan dunia.kadang kala hati kecil ini selalu mempertikai takdir yang telah Engkau tentukan..namun aku bersyukur..Engkau masih melindungi ku..sedarkanlah diri ku dengan segala kemampuan ku..besabarlah wahai hati kerana Allah telah jadikan sesuatu dengan nikmat dan kuasaNya..

Monday 10 September 2012

petanda dia milik kita

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat
memiliki usia hubungan yang panjang
adalah dengan adanya saling kerjasama.
Kamu dan dia selalu dapat saling
membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala
aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan
meskipun tanpa harus melibatkan orang
lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat...
kerana ada harapan bahawa dia adalah
calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan
sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh
kamu atau bukan adalah kemampuannya
bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba
sekarang perhatikan, apakah gerak-
gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta
tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak
spontan dan tidak dibuat-buat? Jika
tidak, (maaf) kemungkinan besar dia
bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati
kamu berdua dapat selalu saling tahu.
Dan bila kamu atau si dia dapat saling
membaca fikiran dan menduga reaksi
serta perasaannya satu sama lainnya
pada situasi tertentu. Selamat!
Sebenarnya dialah destini kebahagian
kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa
perasaan tertekan. Berjam-jam
bersamanya, setiap waktu dan setiap
hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu
berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam
situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik
dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat
kembali. Apakah dia orang pertama yang
datang memberi bantuan tatkala kamu
dirundung musibah? Dia selalu faham
saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak
salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa
lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama
kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah,
kalau begitu ini bisa berarti dia
sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki
kekurangan, dan kamu tak malu-malu
memperlihatkannya pada si dia. Bahkan
pada saat kamu tampil buruk di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu
bangun tidur atau saat kamu sakit dan
tak mandi selama dua hari. Ataupun
menceritakan sejujurnya kepada kamu
tentang kelemahan dan kekurangannya...
Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan
untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih
selamat di tangannya daripada di
tangan sahabat-sahabat kamu yang lain.
Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi
menyimpan rahsia apapun darinya, maka
berbahagialah! Kerana ini bererti
pasangan sejati telah kamu temukan!


Alhamdulillah....dia kini milik ku


Tuesday 4 September 2012

raya kali ini

ada semangat beraya lagi tak???? harus lah ada..raya tak abis lagi kan...hehe..
ok jom bercerita pasal raya kali ini..
..nak cite ker?? kena la cerita..kali ni raya lain dari yang dulu-dulu
raya kali ni bersama "somi" :)

masa bulan puasa tak berapa nak memuaskan lah..sebab keadaan kesihatan tak memberansangkan..nak buat persiapan raya pun tak sempat huhu..ni part paling sedih..tapi lupakan je la..dah tak de rezeki kan..

raya tahun ni di mulakan dulu beraya belah suami..lebih afdaaallll la katakan...
beraya bersama mertua di kampung mereka..
pengalaman yang sangat berbeza..lain dari yang dulu-dulu..
selalu nyer kalau balik kampung ada yang dah siap tersedia..ada yang beli saje..ye la kampung pun jauh kan..yang sempat selalu buat masak rendang..nasi impit..kuah kacang..yang biasa-biasa aja la..
kali ni bapa mertua dah siap bagi arahan suruh balik kampung awal sebab nak buat persiapan raya dengan hasil sendiri..

jumaat malam lepas waktu kerja kami somi-istri kena balik kampung dengan segera..sebab malam tu dah start nak buat dodol...DODOL!!!! bukan kerja senang ye...gulpp~ hehe akan tetapi banyak perkara yang perlu di selesaikan kami terpaksa pulang lewat sikit hehe bukan sengaja nak elak ok..bila sampai tu da separuh masak jugak la dodol tu..so dapat jugak somi amik part ngacau dodol..


nampak macam gagah plak somi shayew nih..hewhewhew...


menjelang siang...
siang hari sebelum raya : operasi memasak lemak, rendang, wajid, lagi apa pun dah tak ingat haha
sorry ye
pada ketika ini keadaan kesihatan diri masih lagi tak berapa sihat
 bukan tak de niat nak menolong..tapi atas arahan orang tua untuk duduk dalam rumah dan berehat..
tapi diri ni degil sikit..kejap kuar kejap masuk umah haha..


tengok tu..shayew hanya dapat duduk di tepi melihat keadaan saje :)
terasa beruntung kejap..tapi rasa macam tak best sebab tak dapat merasa nak menolong mereka..


inilah keluarga belah somi
lengkap..semua ada..
tahun depan tak pasti la macam mana..yang dah berkawen tukar giliran pula..


indahnya beraya bersama yang tercinta


i luv chu asben ♥ 
(。◕‿◕。)

part sedih : 
raya kali ini baru sekali je main bunga api..huhuhu
sekian~


Tuesday 28 August 2012

bila musim raya


bila musim raya..ni la jadi nya..
asal ada masa terluang sikit je abis semua makanan yang ada di sebatnya haha
abis kuih raya dalam balang..tinggal habuk jer

tanpa di sedari.. mula la jadi tak keruan sebab berat badan dah naik


haha
lepas tu ada la jugak yang buat perancangan nak kena buang lemak a.k.a berjoging


oleh itu, jangan terlalu ambil makanan yang banyak dalam sesuatu masa atau makanan yang berlainan bagi mengelakkan gangguan pencernaan..elakkan dari minum air yang bergas..
Gangguan pencernaan yang sering terjadi ialah mual dan muntah serta sakit perut juga pedih ulu hati..
marilah kita elakkan diri dari jadi begini 


selamat beramal :)

1st Raya as a wife


teaser je dulu..
cerita selanjutnya akan menyusul kemudian 
tunggu~ :)

Monday 13 August 2012

punca perubahan suhu badan

dah lama jugak tak post pape entry kat blog nih..rasa nyer banyak jer story yang nak di kongsi..
tapi tah macam mana tajuk ini yang di post..tak kisah la kan..
kenapa tetiba tajuk ni yang jadi pilihan???
sebab ia berlaku pada diri sendiri..huhu

dari awal puasa dah kena..pertengahan dah ok sikit..tapi di akhir ramadhan ini pun berlaku lagi (sekarang)..cuba tengok previous post..ada kisah nyer..
sebab apa ini terjadi yer..??
perkara ini sering menjadi persoalan...
jom kita google...

antara yang aku jumpa selepas geledah punya geledah
.
.
.

info dari baby center

simtom kehamilan..

Demam 
Jika suhu anda melebihi 37.5 darjah C, tetapi tanpa simptom flu atau selesema, hubungi doktor anda pada hari yang sama. 

Jika suhu melebihi 39 darjah C, hubungi doktor anda dengan segera. Anda mungkin mempunyai jangkitan. Doktor anda akan memberikan anda antibiotik dan menasihatkan anda supaya berehat. Jika suhu anda melebihi 39 darjah C bagi jangka masa yang lama, ia akan membahayakan bayi dalam kandungan.
.
.
.
.
dan lagi

info dari fajridil


Tanda dan Gejala kencing kotor

- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.



ini antara sumber yang aku google..kalau mengandung tu..memang la harapan setiap orang yang telah berkahwin macam aku..kalau kencing kotor tu..aku rasa ye jugak..tapi aku dah makan semua ubat yang di berikan doctor (URAL+antibiotik)..tak kan tak elok lagi..maybe sekarang bulan puasa tu yang susah nak minum air yang banyak di waktu siang..apa pun aku berserah semua kepada Tuhan..Dia lebih mengetahui dalam setiap apa yang terjadi..




Wednesday 25 July 2012

tersayang & tercinta

Assalamualaikum wbt


Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Maaf la sekira terlambat untuk ucapan Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam di seluruh dunia.
Syukur Alhamdulillah, tahun ini buat pertama kalinya aku sambut sambut puasa bersama suami. Puasa pertama di rumah mertua.
Walaupun tidak dapat berpuasa bersama keluarga sendiri, tapi mak sempat lagi sediakan rendang untuk di buat lauk bersahur pada pagi itu. Terima kasih mak. Dapat juga merasa masakan mak di pagi puasa (macam pagi raya la plak..hehe)

Nak di jadikan cerita, pada puasa pertama juga..aku di berikan dugaan yang membuat aku tidak boleh berpuasa selama 4 hari..mesti korang pikir aku kena bendera NIPPON kan..haha tak la..start hari pertama tetiba aku mengalami sakit kepala dan perubahan suhu badan secara tiba-tiba..memandangkan rumah mertua di bangi..so pergilah ke Pusat Rawatan Az-zahrah sebab ada panel kat situ..Alhamdulillah (bukan +ve UTP k) bukan denggi!!! Doktor kata demam biasa sahaja..huhu..suami pun pelik..Demam biasa apa nyer sampai tido pun mengigil..aku pun pelik jugak..esok nyer pulang ke rumah mak..sebab lebih selesa aku berehat di situ..and memandangkan mak ada kirim kat aku suruh beli serunding untuk adik sebelum kejadian..setiba di rumah mak..bila memaklumkan bahawa diriku ini demam..dan terus terlantar di bilik..mak terus naik dan urut kepala ku..dan lapkan muka serta badan dengan air zam-zam..maaf yer mak..bukan niat untuk menyusahkan mak..huhuhu T_T sebak..
ahad malam isnin melilau mencari klinik di sekitar serdang. sangat dukacita sebab semua klinik tutup..
balik klinik dah mula blueeekk..bluekk..kesian suami waktu itu..berkerjar sampai terlanggar kipas.bila perot dah terasa kosong ada ternampak bubur lambok atas meja makan..tapi niat di hati nak tunggu dulu sebab kepala berat sangat..dukacita lagi..bila turun temgok dah hilang..tanya la kat mak mana hilang nye..ke khayalan aku saje..mak bagi tau..kakak aku dah makan sampai habis..huhu sampai hati..makan je la seciput nasi..
esoknya baru la dapat pergi klinik dan dapat MC 2 hari..(YES..hehe)
sejak tak sihat ni..makan apa je semua blueekk balik..tengok nasi memang tak selera..dah macam mengalahkan orang pregnant plak kan..sabar aje la..
harini alhamdulillah aku dapat teman suami bersahur..dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik..insyaAllah..


terima kasih kepada mak tersayang dan suami tercinta kerana melayan kerenah ku yang berbagai...terima kasih juga kerana sentiasa menjaga diri ini dan sentiasa berada di sisi..maaf jika ada permintaan yang menyusahkan kalian berdua selama ini..ada mak dan suami yang jaga memang terasa bagaikan di syurga


Monday 2 July 2012

hehehehehehehe:minimo_02:...(gelak jahat ko..sambil joget-joget) haha

syukur alhamdulillah..rezeki aku dapat suami yang baik hati..
Sebab aku dah tak perlu nak skodeng blogshop setiap hari..tak perlu nak iri hati tengok orang pakai di situ di sana lagi..tak perlu jeling-jeling kedai lagi..dan yang penting skali..tak perlu rasa sakit hati..iri hati..cemburu dengan muncung sedepa kedepan...

nak joget-joget lagi la :minimo_05: lalalala ¸¸.•*¨*•♫~
saya dapat ini as my birthday present...weeehuuu~



love u husband..love u more and more ♥♥♥

berbunga-bunga hati ni..jatuh cinta berganda-ganda pada si somi hehe
ohh lupa plak..
untuk membuatkan gambar kita lebih menarik..
aku ada beli Instax Mini Film Frame Sticker dengan harga RM12.60
ohooiii sape nak bagi harga macam tu kan..tak caya tengok sini
 jenis printed film lagi tau..kalau kat luar harga biasa rm20-30 jugak la


tengok..boleh buat gambar lebih ceria dan menawan..best kan..
errr agak-agak..husband bagi ker eh nak beli banyak-banyak nih hehe
 so..this is  my 1st capture using this lovely camera
enjoy........~


jangan jeles ok..tata~

Thursday 28 June 2012

25 tahun

alhamdulillah..syukur kepada tuhan kerana telah memberikan aku kehidupan selama 25 tahun (1 hari, campur harini)
 syukur alhamdulillah juga kerana aku masih bernafas dan masih lagi boleh melihat keindahan alam ciptaan tuhan.. 





dalam usia ini, buat pertama kalinyer aku sambut birthday sebagai seorang isteri.. (bahagia)
aku terima ucapan dari suami tercinta di hadapan mata sendiri (terlebih bahagia)
tapi saya nak minta maaf dulu pada suami sendiri..saya tau awak tengah skodeng blog ni kan..kan..kan..
hehe beberapa hari sebelum ini saya ada padam reminder kat tepon cyg..konon majuk la kot agak nyer..tapi sebenar nyer saya nak tengok cyg ni memang ingat ker x besday bini nyer..tak main la reminder-reminder ni...mcm x jujur je kan..hehe maaf ye..memang tak de niat jahat pun dalam hati ni..

di kesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua kenalan dan juga keluarga tersayang yang wish birthday tak kira di mesej..fb..tweet..dan sebagai nyer..doa kalian untuk saya dan pasangan untuk menimang cahaya mata memang harapan kami..insyaAllah jika di izinkan tuhan..ada la rezeki kami..akan berusaha lebih untuk itu.. selepas apa yang terjadi sejak 2 3 hari ini..

YaAllah..aku bersyukur kepada Mu dengan apa yang telah Kau berikan..aku mohon pada Mu, panjangkanlah umur ku untuk menjalani kehidupan di dunia ini..berikan lah kesihatan yang baik dan murahkan rezeki kami suami isteri..amin~
.
.
.
terima kasih semua..happy birthday to me (。◕‿◕。)

p/s: masih lagi menunggu hadiah..tuntutan akan berlaku!!!



Tuesday 26 June 2012

wishing for...

alangkah indah nyer kalau 27 jun nanti aku dapat ini



Wednesday 20 June 2012

cerita nikah

agak-agak la kan..dah terlalu lama ker eh aku nak post cite pasal nikah ni..ohooiii  tak kisah ler..dalam hati ni masih terasa macam pengantin baru lagi kot..inai di jari pun masih ada hahaha..
actually aku baru dapat tengok gambar nikah sepenuh nyer (separuh je)..huhu sedih plak sebab x banyak gambar time nikah..kena tunggu dari photographer yang di lantik khas untuk menjalankan tugas beliau..tapi lama lagi ke nak siap bang oi.. hehe

ok  la..ni antara gambar yang berjaya aku perolehi..di ubahsuai oleh aku sendiri<--touch up je pun


si laki-laki..heeee~ (buat muka gatal...grrr~)



yang ni gegurl nyer..<-----x boleh bla..muka nak serius aje
maw tak serius..cuak babe..menunggu saat di ijabkabulkan...hehe


dup..dap..dup..dap..


perasaan di hati rancak bergelora..
tangan di hulur, disambut mesra..
ijab dan Qabul ibarat ikrar cinta..
sekali lafaz..kami bersatu jua..


kekuatan yang sentiasa menemani aku...
tidak sesaat pun dia lepaskan tangan aku..


alhamdulillah..selesai urusan rasmi pernikahan <--amboiii shukew dier
ku tertawan dengan wajah kegembiraan nyer...
cair kot...laki sendiri memang la..


air mata kesyukuran~


 daddy little girl..awww~


i'm completed..thank you Allah

gambar tak berapa nak banyak sangat..sori la eh..yang ni pun dapat tanpa di sengaja kan..yang lain x post pon gambar aku nikah kat fb..kalau ada..meh la kongsi-kongsi dengan aku..gambar aku kot..hehehe
kalau ada lagi nanti kita share lagi eh di lain post lain entry hehe..
sekian~