Friday 30 March 2012


passport to achievement (iklan di radio)

  •   Venue: TM Convention Centre, Menara TM, Jalan Pantai Baharu <---Rebung
  •   Date: 6 – 8 April 2012
  • Time: (6 April 2012; 12pm – 6pm), (7 & 8 April 2012; 10am-6pm)
  • Who is it for: The general public, jobseekers
  • What’s going on:

-          More than 330 vacancies. Interviews on-site.
-          Opportunities to enrol Diploma/Degree/Post Graduate courses at Multimedia University & Multimedia College
-          Opportunities for YTM Scholarships
-          Opportunities to win Internship programmes with leading industry players
-          Talks by prominent industry leaders
-          Bunkface, Ustaz Don, Rosyam Nor & Dato' K.Rajagopal appearance
-          Lucky draws
-          & many more


for more info please visit here 



Thursday 29 March 2012

dibenarkan bernikah


alhamdulillah segala urusan di permudahkan


JAIS dah beri kebenaran untuk bernikah<---muka gatal :p
lepas ni just buat persiapan dari rumah jer la..tak yah nak pergi kesana kemari, melainkan tak cukup keperluan dan kena keluar tuk membeli..


bila di fikirkan masih banyak lagi yang perlu saya buat..masih jauh lagi perjalanan hidup ini
mampukah saya? mampukah saya untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan selepas ini???
insyaAllah :)


perlu muhasabah diri la lepas ni..perlu kuatkan semangat..
selagi kita ingat dan berpegang teguh pada ajaran Nya insyaAllah Tuhan akan sentiasa bersama dengan kita :)

30 perkara yang perempuan tak sempat beritahu lelaki


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak
cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia
akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh
minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian
barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini
dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

kepada encik tunang...harap saya tidak terlambat untuk beritahu anda mengenai ini..bukan harta atau rupa yang saya harapkan hanya kejujuran dan keikhlasan hati mu yang saya perlukan untuk lalui hari-hari yang mendatang..awaklah segalanya..saya tak mahu lebih dari itu..kemampuan diri mu sudah cukup baik untuk diri ku..(oiiceeh)

maafkan diriku jika sebelum ini kelakuan saya amat pelik bagi kamu..mungkin masa tu anda tidak tahu lagi perkara ni..maafkan saya
maafkan diriku jika saya terlalu mengharapkan sesuatu dari kamu..di luar jangkaan kamu..maafkan segala kesalahan ku..

Tuesday 27 March 2012

1m1w1d

feeuuuhhh~
apa persediaan dah buat setakat ini??
.
.
.
pengedaran kad kahwin telah bermula
di utamakan pada yang kena pos dahulu
yang lain kita akan berjumpa kemudian ok
yang ni da selesai..macam mana plak dengan yang bawah ni
|
|
|
time nak dekat da tu..tapi masih tak sedar diri
nafsu makan makin extreme<---bak kata encik tunang:girl_3:
owww my..what should i do..
should i avoid @ escape @ ignore my dinner meal???:minimo_29:
no way..~mana boleh lepaskan waktu makan saya haha
maybe saya patut kurangkan pengambilan makanan kot..kan..ni baru betul
uiisshh tetiba plak wiso mcm mne la nak fitting baju nnt..:girl_1:
ya Allah permudahkanlah segala urusan hamba Mu selepas ini
hmmm agak-agak la kan sekarang ni kena buat apa lagi eh untuk persediaan
saya rasa macam tak de apa nak buat je..ke belum tiba masa lagi??
ermm kita tunggu je la nanti kan apa nak buat..

ok bye..bye

Friday 23 March 2012

pencarian model fareeda

pada sesiapa yang berkelapangan pada hujung minggu ni
jom kita pergi beramai-ramai ke SACC Mall shah alam untuk memeriahkan lagi majlis pencarian model fareeda 2012
di samping itu kita juga boleh memberi sokongan kepada peserta-peserta yang terlibat
cousin saya juga adalah salah seorang peserta bagi pertandingan tersebut
good luck pada beliau serta peserta yang lain :girl_4:
see you there...

VCO - virgin coconut oil

di rekemenkan oleh cousinku.. Nadia Noordin
tengok la muka dia pun chantek kot..so saya pun cuba la..mana tau tetiba terserlah seri pengantin ku *wink**wink (eceehh)
 
ok ini ada serba sedikit yang saya tahu mengenai VCO..
incik tunang pun maw tau kan..meh saya share sikit..

"minyak kelapa dara adalah minyak paling menyihatkan di dunia."
Dr.Bruce Fife -director of the southern colorado

minyak kelapa dara yang di proses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat yang tidak di ketahui umum. Kajian atas minyak ini telah di lakukan oleh pakar di negara barat sejak bertahun lamanya. kebanyak kajian yang di lakukan pada penduduk di ke pulauan pasifik dimana ia menjadi keperluan pemakanan harian. pakar merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat pada kelapa iaitu lemak tepu dapat memberikan pelbagai kesan positif ke atas kesihatan manusia. sebab tu orang dulu-dulu kata kelapa ini adalah penawar.betul tak?

ok jom kita kongsi antara kebaikan dan khasiatnya.

*Mengandungi nutrien penting untuk kesihatan yang baik
*Meningkatkan daya ketahanan kerja seharian
*Sistem imunisasi badan meningkat 
*Menyokong sistem metabolik dalam badan
*Mengurangkan berat badan.
*Meningkatkan penghadaman dan penyerapan zat
*Mengurangkan kolestrol dan masalah kulit
*Mengembalikan keanjalan dan kelembutan wajah
*Membantu mengawal kencing manis dan membantu mengawal gula dalam darah 
*Mengurangkan risiko aterosklerosis dan penyakit jantung
*Mengurangkan risiko kanser 
*Membantu mengelakkan osteoporosis
*Mengurangkan kadar dengkuran
*Membantu mengelakkan dari sebarang jankitan virus



kalau nak diceritakan semua memang panjang lagi. ini je la yang saya dapat kongsikan sebab saya pun baru mencubanya. untuk keterangan lanjut atau untuk mengetahui testimoni orang yang telah mencubanya sila la ke sini 
mereka lebih berpengelaman menggunakan produk ini.

Ia 100% halal dan menggunakan bahan semula jadi untuk menghasilkanya
 Ia juga digunakan oleh kebanyakan orang dalam diet seharian mereka untuk pengurusan kesihatan awam dan kecantikan & rawatan lain. orang lelaki pun boleh guna juga. Incik tunang maw cuba tak? hehe 
Beri diri anda satu peluang mengalami banyak faedah dengan VCO Catalyst ini. terdapat produk lain juga selain dari VCO ni. Kalau nak tahu apa lagi yang ada. meh singgah ke Catalyst ni. kalau ada rezeki lebih saya pun teringin nak cuba produk yang lain. hehe
selamat mencuba :) 


Thursday 22 March 2012

doodle :)

cetusan ilham dari Nona Azhar juga 
sebelum ni dapat kad dari dia..memang simple and sangat menarik..ini la kelainan yang pernah saya dapat
then saya pun berhasrat untuk buat doodle sebagai inspirasi (cheewahh~)

seperti post sebelum ini button badge saya telah menggunakan doodle sebagai lakarannya..
i tell u..hasilnya memang comey bangat siii~
doodle mana yang tak comel kan..
saya pun ada jugak belajar lukis doodle tapi tak la mahir lagi nak lukis sendiri macam kat bawah ni.. 

dengan 1 lukisan anda boleh ilhamkan dia pada mana-mana bahagian yang anda suka
macam saya..selain dari button..saya letak dia sini


tengok tu...chantek kan..(perasan sendiri) haha sape lagi la yang nak puji..
tempahan boleh di buat di istana cinta...gerangan si gadis ni ialah cik farhah..
terima kasih yer untuk hasil yang sangat memuaskan hati ini :)
selain itu kamu juga boleh tempah pada mana-mana blog yang menawarkan tempahan lukisan doodle seperti contoh puan Nona kita..beliau tempah di blog ini..
ok la kalau sesiapa ada cadangan kat mana lagi boleh tempah lukisan doodle ni jom la kita kongsi bersama yer :)

tata~

dah siap part #2


siap!!!!
weehuuu~ berikan kredit kepada ceriakadkahwin untuk button badge ini
service dia pun memang tiptop..berurusan guna email dalam seminggu dia dah post ke costumer
saya hanya tempah untuk family sahaja termasuk dengan sebelah lelaki..nanti dia majuk plak dia tak dapat kan..so saya pun bersikap adil la hehe


ok sekarang untuk 2 button yang bawah tu tawaran terbuka pada siapa yang nak jadi pengapit kami..
ada sesiapa yang berminat ker???
jumpa la saya nanti k ;)
:girl_9:

Tuesday 20 March 2012

10 petanda dia jodoh saya

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita. 

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan. 

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita. 

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan. 

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya. 

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

ehem..ehem..saya tahu awak tengah baca hehe..agak-agak awak ada ker ciri-ciri seperti di atas?
saya dan dia dah tahu jawapannya :) 


anda bagaimana?

Monday 19 March 2012

dah siap

source : photo canvas
weehuuuu~ da siap
yeay~

hasil kerja yang amat memuaskan
saya bukan hantar 2 ni je tau..saya hantar 3(bnyk kn) haha..saya amat yakin dengan hasil kerja En. Halim (owner) sbb tu hantar semuanya dekat dia..mana lagi 1? ooowhh lg 1 perlu di rahsiakan nanti tak surprise plak.. ;)
3d photo canvas ni telah di rekemen kan oleh Nona Azhar..memang tak mengecewakan saya dan incik tunang..so sekarang saya rekemenkan pada kamu semua pula..hasilnya anda akan berpuas hati..harga pula amat berpatutan..service tiptop walaupun saya berurusan hanya dengan email sahaja..dalam seminggu dah siap..terbaik kan..


anda juga boleh lawatinya di sini


hati berkobar-kobar tak sabar nak show off kat tetamu ;)




Tuesday 13 March 2012

prosedur nikah

ok..bab prosedur ni selalu mengelirukan saya walaupun sudah ada 2 orang kakak yg dah berkahwin..tambahan pula Jais dah meningkat maju mengikuti peredaran zaman..tak perlu menggunakan borang..hanya on9 sahaja di lawan web Jais.
tapi masa nak isi on9..tetiba sistem corrupt plak..call Jais untuk pengesahan..
Jais memberikan kebenaran untuk menggunakan borang..alhamdulillah..kerja senang dari kena isi on9..
panduan mengisi borang boleh refer di bawah ini...

amik step-step dekat Rai..thank for sharing


  1. Dapatkan borang PERMOHONAN KAHWIN BAGI PEREMPUAN 2C.
  2. Isi mana yang korang sepatutnya isi.
  3. Wali wajib isi borang 2D.
  4. Semua borang hendaklah di sertakan dengan salinan
    a) IC pengantin perempuan, wali, 2 saksi
    b) Sijil Kursus Perkahwinan
    c) Surat Ujian HIV
    d) Borang asal lengkap yang sudah di sahkan dari pihak lelaki
  5. Dah complete, pergi bawak borang tu semua ke pejabat kadi daerah masing-masing bersama-sama dengan Wali, dan 2 orang saksi
  6. Qariah akan cop dan sah kan
  7. Bawak borang tadi ke JAIS daerah masing-masing 
  8. Lepas dah dapat segala kebenaran dari pihak JAIS, borang tadi kena hantar balik ke Qariah dan Qariah akan simpan sampai masa nikah.


ok pasal saksi pula..ada yang menyatakan bahawa perlu membawa mereka di depan pendaftar atau kadi untuk melengkapkan borang tersebut (tandatangan) 
ada juga yang tidak perlu bawa saksi bersama..macam situasi saya..ayah saya sendiri telah mengajak untuk berjumpa dengan imam kariah masjid untuk pengesahan..berikut adalah apa yang di katakan beliau

saya: siapakah yg boleh di jadikan saksi? dan perlu ke saya bawa mereka untuk pengesahan borang?
imam: sesiapa saja boleh menjadi saksi..asalkan beliau beragama islam dan akil baligh..sememangnya perlu untuk membawa saksi sekali semasa pemperosesan borang..
saya: kalau saya menggunakan abang ipar sebagai saksi..perlu la saya bawa mereka kemari?
imam: ya, perlu.

alamak..susah la kalau nak bawak abang ipar..mereka selalu sibuk dengan hal masing-masing.

abah: jikalau macam tu..kami ingin menjadikan beliau dan beliau (ahli masjid) sebagai saksi.
imam: jikalau mereka yang jadi saksi kamu..tak pe..masa pemprosesan borang nanti tidak perlu bawa mereka..sebab saya dah kenal..

ehh macam tu pula..tak pe la alhamdulilallah senang kerja saya nanti.. hanya ambil keterangan mereka berserta salinan ic..saya dan abah bersetuju dan menurunkan tandatangan di hadapan imam..borang saya dah lengkap..cuma HIV saja yang belum buat dengan ambil keterangan saksi..ohh tidak lupa juga borang belah lelaki yang telah diluluskan..

semoga segala urusan selepas ini akan di permudah oleh Nya..
amin~


pengakuan


saya mengaku saya amat jeles bila status bukan lagi "single"
tapi tak salah kan untuk sesuatu yang amat penting bagi kita :)

Monday 12 March 2012

intai-intai

jom kembalikan mood yang ceria hari isnin ni haha
isnin kalau nak ke jumaat fuhh..lama nyer nak tunggu
kalau ahad nak bertemu isnin rasa kejap je kan
tak adil..lupakan pasal ni
tengah mood nak kahwin ni kan jom kita intai apa yang membuatkan hati kita berkobar-kobar nak kahwin

"PELAMIN"

setiap orang pasti ada angan-angan untuk bersanding atas pelamin yang di idamkan bukan..saya pun macam tu juga..berangan-angan sampai guleng-guleng macam tengiling (trademark masa belajar dulu) 
ok jom kita tengok apa ada dengan pelamin



jatuh cinta dengan yang ni~ 



kalau saya buat kat dewan nak macam ni pun ok..luas kan


  ni antara pelamin rumah
semua chantek-chantek kan..teruja sgt tgk semua ni..
tapi~
saya bukan kahwin "sepasangan"
majlis akan di buat sekali sambut menantu juga 
makna nyer nanti ada 2 pasang pengantin la..sebok je kan haha
jom kita intai pelamin berkembar plak



paling suka yang ini..owww jatuh hati melihat nyer
semua sumber dari google jer

saya tak berapa minat sangat kalau 2 pasang pengantin guna pelamin 3 panel ker 5 panel ker
sebab nanti kalau tangkap gambar kita akan berada di tengah2 tiang..ow nnoo~ tak maw la..
biarlah semua asal dari kemampuan..kalau kita mampu kita akan dapat lebih chantek lagi..terserah pada diri sendiri..bagi saya perkara ni biar asalkan ada dan tidak terlalu membazir (kedekut ker?) tak la..lepas kahwin nanti saya akan berpindah ke rumah baru..so kena la berjimat sikit kan..
so jumpa kita di lain waktu..tata~

dugaan

jika ini dugaan dari mu..
aku terima dengan redha..

syukurlah tuhan berikan ku tahap kesabaran yang masih boleh di kawal
alhamdulillah walau perit aku dapat harungi semua nya
am i changed??
maybe..who knows right..
dear Allah, let it stay the way you give me this feelings
im so blessed 
when people let me down 
You will pick me up like no one did..
thank you God


Friday 9 March 2012

penat

kita akan terasa penat bila kita kena buat sendiri
kita akan terasa penat bila orang arahkan kita buat sesuatu tanpa kerelaan hati
kita akan terasa penat bila semuanya kena buat berulang kali
berbaloi ker aku penat untuk semua ini???
jika ini bukan untuk diri sendiri
pasti aku menyerah diri...!

Sunday 4 March 2012

on counting


My Fiancee and me are in the midst of planning to our wedding solemnization. The big day will be on 2 months from now. It is something we have waited for along time ago since we have been know each other for 3 years.
I want to end this relationship as couple to husband and wife with blessing from Allah.
.
.
.
with you
This journey was started long ago
Before this time and place
The journey of completeness
As two hearts and souls embrace
Forever is what I want to be with you
For the search till the end
Our hearts have found each other
as a friends, as a lovers, become to be my soul-mates.


Thursday 1 March 2012

march


holy shit..its already MARCH!!!!!



its really happening soon...
so whats going on with my preparation??
what should i do..
oooww my~
don't panic..just calm down...
take a long breath...hhhmmmmm haaa~
lets start with "isi borang" hehe

have a nice day everyone..