Thursday, 12 April 2012

dugaan

adat la dalam setiap apa je yang kita buat mesti ada dugaan kan
dalam pekerjaan seharian pun ada aje yang menguji kesabaran
tak habis lagi pasal itu ini timbul plak dugaan lain bila "tension" menguasai diri:angry:
situasi sekarang "bertunang"..
soo taw la kan dugaan apa yang nak di ceritakan ni

info di bawah dari Hazmin Hamudin

Antara lain dugaan yang akan berlaku dalam bertunang.



1. Emosi diri yang tidak terkawal. Perkara yang kecik akan menjadi besar, sehingga pergaduhan terjadi.:minimo_14:

2. Gangguan dari pihak ke-3. Jika sebelum bertunang, tiada siapa yang mendekati anda atau pasangan anda, namun bila da bertunang ni, tiba2 anda menjadi perhatian.

3. Masalah berkaitan kewangan. Anda dan pasangan asyik2 tidak dapat menyimpan duit. (kita je yang selalu tak de:pandacloud_20:)

4. Pengurusan hal perkahwinan juga boleh menimbulkan masalah. Anda ingin begini, tunang anda plak inginkan begitu. kan itu memeningkan kepala.<----sangat-sangat:minimo_24:

5. Tiba2 anda seperti tidak bersedia ingin berumah tangga. Perasaan ragu2 timbul setelah anda bertunang.<---yang terjadi sekarang:girl_8:

6. Jika dulu tunang anda seorang yang tidak kuat merajuk, tiba2 dia ckit2 pun nak terasa. dan anda plak malas nak layan karenah.. ah boleh x keruan jadinya hubungan anda berdua.

7. Godaan nafsu sendiri. Dah bertunang bukan maksud dah dibolehkan melakukan benda yang bukan2.<----nafsu nak bershopping:girl_11:


Bagaimana mengelakkan dugaan bertunang menjadi lebih teruk?

1. Pertama sekali, berdoalah kepada Allah semoga anda dan pasangan terpelihara dari godaan syaitan, berlindunglah kepada Allah.<---harus!!

2. Bersikap tolenrasi, bawa berbincang, jangan melepaskan amarah tak tentu pasal.<---terpaksa

3. Cuba bersikap mengalah, pujuk pasangan anda. Bersabar sentiasa.<--bagaimana?

4. Setialah kepada tunang anda. Jika anda tiba2 diganggu oleh orang ke3, ingat pahit manis hubungan anda berdua. Ingat saat manis anda berdua.<---bukan sebab ini

5. Merancang perbelanjaan dengan lebih teratur dan sistematik.<---dah terlebih merancang

6. Jika anda dan dia bersedia dari segi kewangan, maka percepatkanlah pernikahan anda.<--jom esok nikah..boleh?

7. Siapkan mental dan fizikal anda. sentiasa berfikiran positif. Jika salah sorang dari anda terjatuh, bimbinglah dia agar hubungan anda akan dapat dipertahankan.<---tolong saya

attension: segala yang berwarna merah tu bukan yang terjadi pada saya..harap maklum :)

adakah saya telah gagal untuk mengawal semua keadaan ini..??setiap kehidupan pasti ada air pasang dan surut..waktu panas dan hujan..hidup tak sentiasa indah..pasti ada ujian yang di berikan oleh tuhan kepada hambaNya..YaAllah, aku mohon Kau pertahankanlah iman ku..kuatkanlah hati ku untuk menghadapi segala dugaan Mu dengan tenang dan hati terbuka..

doakan saya~

0 kata coretan:

Post a Comment